Kecoh dengan video listen...listen...listen... baru-baru ni....
Tetiba #listen jadi trending di fb & twitter
Glamor pulak org nama Ms Sharifah ... (cam nama den je .... ishhhh)
Dan terglamour jugak pelajar nama Ms Bawani (hrp i spell ur name correctly)...
Kat mana yg silap disini?
Kalau rajin sy post video utk anda semua fikir-fikirkan.
Saya tak memihak kpd pelajar or Ms Sharifah sebab dua-dua ada point sendiri.
Cuma, saya percaya, siapa pun kita, adab dengan manusia lain amatlah perlu dijaga. Tak kira kita ni pelajar ke, pengerusi ke, ada degree ke, ada SPM je ker (hehehe cam cite Hantu Kak Limah), tua ke, muda ke, Islam ke, Cina ke, no matter what kind of person u are, u must respect other creatures, termasuklah kucing, burung dan ikan jawssss
Pandangan saya yang pernah jadi mahasiswi dan pernah jadi pensyarah:
Kesilapan Cik Bawani - dia kurang beradab semasa melontarkan soalan dan nmpk sgt ego serta terserlah 'kerakusan' dlm memberikan fakta...mungkin dia terlupa sekejap yg dia ni student
Kesilapan Ms Sharifah - tidak sabar dlm mendengar, tidak menjawab soalan diberikan dengan sempurna, analogi yang diberikan kategori 'tadika', dan merendahkan martabat pelajar.
Saya nmpk ada unsur-unsur provokasi oleh pelajar, mungkin sebab dia pelajar undang-undang jadi dia ada skill tersebut. Namun, dalam hal ini, saya lebih suka jika Cik Sharifah lebih profesional dan 'matang' mengendalikan soalan pelajar tadi. Come on, anda pun pernah jadi mahasiswi, takkan tak pernah rasa sikit pun rs marah pd kerajaan semasa belajar dan kita semua tau yg mahasiswa ini wpun pandai tapi cepat naik darah, cepat marah dan cepat sgt bertindak dari berfikir. Jadi, depa akan main ckp jer tanpa menggunakan lenggok suara yg betul. Dan sebab depa ni mahasiswa uni jadi kdg2 depa fikir depa tau bnyk benda....
Tapi.... seharusnya Cik Sharifah lebih bijak mengawal keadaan. Cik Sharifah perlu lebih relaks, profesional dn jgn ikut mood pelajar. Depa ni muda lagi, kita yg lebih dewasa sepatutnya lebih cool dan rileks. Saya cadangkan Cik Sharifah pergi tgk contoh-contoh debat terbaik, antaranya Dr Zakir Naik dengan penganut Agama Hindu. Dr Zakir tak pernah melenting malah memuji soalan2 yang diberikan. Ini boleh beri rasa 'feel good factor' kepada yg bertanya soalan dan memudahkan mereka menerima jawapan kita walaupun tak 100%. Antara debat lain yang terbaik ialah Debat Tun Dr Mahathir dgn BBC (kalau tak silap). Tanpa rasa marah soalan boleh dijawab dgn tenang dan mendiamkan moderator.
Jadi, Cik Bawani dan Cik Sharifah perlu belajar dari kejadian ini. Sabar, Respect dan listen more. Dua-dua pihak.
Cuma, saya fikir sekarang Cik Sharifah perlu berani membetulkan keadaan. Tak salah yang tua beralah utk kepentingan umum.
No comments:
Post a Comment