Thursday, November 27, 2008

Semalam aku bertanya ....

semalam, lepas maghrib, aku bertanya pada makku yang tercinta, yang ngah syok tengok cite bong kat tv9, apa patut aku buat untuk singkirkan rasa perasaan tak puas hati yg slalu bersarang kat dalam hati?

mak aku memula diam, pas 2 die tanya, apa yg tak puas atinye?

aku cakap, mcm2lah, gajilah, environment, kene bayar banyak utang and etc. aku cakap kat mak aku yang, aku slalu ade rase tak puas ati, n sibuk berbanding dengan keadaan org lain, sehingga kadangkalanya timbul rasa cemburu, dan prasangka negatif yang lain. lastly, aku tanya mak aku,apa patut aku buat untuk hilangkan rasa tak puas ati aku tu.

simple n nice, mak aku jawab, banyakkanlah beristighfar,usah fikirkan2 sgt and buat bodoh jer.

ha?buat bodoh,mcm mana aku nak bodo, sedangkan aku kene face bende 2 hari2? aku tanya balik kat mak aku,pernah tak rasa tak puas ati pada sesuatu, tp mak aku jwb bende yg sama, buat tak tau jer.

hmm.... hari aku terpikir balik kata2 mak aku, banyakkan istigfar, sebab syaitan slalu bisik2kan bende tak puas ati ni dlm hati kiter,saje nk bagi kite sakit hati ngan kesenangan org lain. barulah aku rasa mcm tersedar, kurangnya istigfar menyebabkan kite slalu rasa tak tenang, sakit ati, benci and lama-kelamaan boleh lead pada dendam and etc. nauzubillah. rupenye, ungkapan istighfar bukan sekadar retorik, tetapi sgt berguna untuk ketenangan hati. Astaghfirullahalazim ... (aku mohon keampunan dari tuhan yang Maha terpuji) * thanks to Aishah for translation hehehe

yang ke2, buat tak tau or buat bodo,aku rasa efektif gak, cos, bile kite buat tak tau, kite tak pikir, bile kite tak pikir,kite tak sakit ati, bile kiter tak sakit ati,kiter takla rasa tak puas ati. walaupun memula aku rasa mcm statment mak aku suruh buat bodo mcm tak leh guna jer,tp bile pikir balik dalam2, rupenye ade betulnye gak. most of us slalu rasa tak puas ati cos suke pikir bende remeh temeh, then pikirkan masalah 2 mcm masalah dunia then bende 2 lead sampai sakit ati. therefore, aku nekad,nk kurangkan pikir bende2 remeh, buat tak tau.

in a nutshell, buat tak tau + istighfar = hati tenang. InsyaAllah.

kalaulah pemimpin2 malaysia takde isu sakit ati, kan bagus?



Wednesday, November 26, 2008

Hari-hari terakhir menunggu gaji....

salam semua ...

huhuhu,peritnye menanti saat masuknya waktu gaji ke dalam akaun cimbku yang dh lama sepi tak berteman 2. betullah kata orang, menunggu memang satu penyeksaan. dh dekat nk gaji,lg sakit kene tunggu. last 2 weeks,aku takle kisah sgt ttg salary,tp lagi sehari 2 nak dpt,rase mcm dh tak leh thn2 lg kesusahannya. rasa mcm sehari 2 , mcm kene tgu 1-2 bulan lagi. ahhh,tidak!
sabo,sabo,kata hatiku. hati aku ngah menenangkan otakku yg dok runsing dek gaji yang slalunya hampir subuh baru muncul. esok aku nk g kl ngan aishah, if dh masuk salary, sedaplah skit aku nk ke kl,nk g kawin kawan opisku kat bangi,kang tak dtg plak, kenduri kawin aku lak die tak mau dtg. hehehe.

untuk kawanku en.kamal azmi yang dh selamat menjalani kehidupan baru, tahniah aku ucapkan! semoga perkahwinannya kekal hingga ke syurga,insyaallah.

bila plak aku ni yg nk kawin ek? hehehehe

Monday, November 24, 2008

Motivasi hari ini

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, yang maksudnya lebih kurang berbunyi:

'Jika kamu mengejar dunia, maka akhirat akan meninggalkanmu,
jika kamu mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarmu,
tetapi jika kamu mengejar kedua-duanya,kamulah insan yang beruntung di dunia dan akhirat'.

Dulu aku tak begitu fikirkan sgt kesan dari kata-kata itu,tetapi bila aku kaitkan dengan kehidupanku kini yang penuh dengan cabaran,maka memang benarlah kata-kata tersebut. Cuba bayangkan, 'jika kita cuba mengejar dunia,maka akhirat akan meninggalkan kita', ambil sajalah contoh solat subuh. berapa ramai umat islam hari ini yang mampu dan mahu bangun di waktu awal pagi, mengambil wudhu dan tunduk sujud mengadapNya. Boleh dikira dengan jari berapa ramai lelaki yang turun ke masjid dan menunaikan solat subuh berjemaah. apakah ini kualiti muslim yang kita ada hari ini? ingatlah,solat memang boleh diqadha tetapi,masa yang berlalu tetap akan berlalu. aku tidak menuding jari kepada sesiapa permasalahan ini tetapi aku tujukan buat diriku sendiri yang seringkali menangguh-nangguhkan urusan kepadanYa.
Ya,aku memang akui, cabaran untuk seorang muslim yang benar-benar tinggi keimanannya kepada Allah swt adalah solat subuh.di waktu pagi yang dingin, sejuk, cuaca yang mendamaikan, ramai manusia lebih sanggup berselimut penuh daripada bangun dan solat mengharap redhaNya. cubalah fikirkan sejenak, bagaimana mungkin kita ini mengaku sanggup berkorban untuk Allah tapi kewajipan solat subuh pun,kita gagal laksanakannya? bagaimana mungkin kita ini mengaku orang islam yang sejati jika untuk solat subuh pun,kita tak mampu bangun dan melawan hawa nafsu dari godaan syaitan laknatullah?
Cuba bezakan, orang cemerlang dengan orang yang gagal dalam kehidupannya. Carilah puncanya, adakah orang cemerlang bangun awal di pagi hari atau bangun lewat di kala matahari telah meninggi? Bukankah rezeki mudah datang kepada kita di awal hari, berbanding di waktu matahari telah berada di atas kepala?
aku perhatikan atas kejadian yang berlaku diatas diriku sendiri, jika aku lewat dalam mengerjakan solat subuh, aku rasa hidupku pada hari itu tidak begitu tenang, aku kurang bersemangat,rezeki susah masuk dan mungkin aku tidak begitu bersemangat untuk bekerja. tetapi,jika aku solat subuh pada waktunya, aku dapati, aku lebih bersemangat dan gembira bekerja, otakku tenang dan jika stress, aku mudah mengawalnya, dan lebih menguntungkan lagi, ada saja kawan-kawanku yang secara tiba-tiba saja membayar harga makananku! bukankah telah aku katakan pada awal tadi, rezeki mudah datang jika kita bangun awal pagi? rezeki itu tidak semestinya berbentuk makanan saja,malah ia bisa datang dari pelbagai sumber lain.
Dan,dari satu buku yang aku baca,rupanya-rupanya orang Barat yang kita tahu majoritinya bukan Muslim, sangat suka bangun awal pagi,untuk senaman,mengambil angin pagi dan untuk kesihatan. pada mereka, bangun pada awal pagi, memberi ketenangan jiwa dan mental kepada mereka. malahan,ada yang sanggup bangun pada awal pagi hanya untuk menemani anjing peliharaan mereka bersiar-siar di waktu pagi! Sekali lagi aku kagum dengan Islam,agama yang Allah telah janjikan bersifat universal dan praktikal dalam apa jua keadaanya. Jadi, jika orang bukan islam pun,boleh bangun awal pagi,mengapa kita Muslim sangat lemah melakukanya? Bukankah di sebalik perintah Allah itu, ada mukjizat dan hikmah yang tersembunyi yang sangat besar maknanya?
Bukanlah tujuanku mahu berkhutbah,cuma aku mahu perbetul diri ini disamping mengingatkan sahabat2 muslim yang lain agar sama-sama kembali kepadaNya dan menjadi umat yang kuat.

Persoalannya,bila mahu berubah?