Tuesday, April 30, 2013

Review Filem 'Iron Man 3'



Salam semua,

Walaupun zaman skrg ni kita bole je download 'movie' dr internet, tp sy lg suke tgk di panggung, bru ade feel sbb skrin beso dgn sound system yg mmg tak sama kalu tgk di umah. Wpun sibuk dgn PRU smpt gak curi masa tgk dgn' pakwe' hehehehe

Sy bukan le peminta tegar citer2 superhero ni, tp syok jugak tgk especially utk yg hilangkan stress keje. Bnyk aksi dan shot2 menarik, so tak rugi beli tiket. Sy tak suke 3d, tp still enjoy d show. Anda takkan sempat mengantuk la sbb action is coming one after another.

Antara adegan menarik masa rumah tony stark kene serang dgn musuh (sbb dia dgn angkuhnya kasi alamt rumah dia hehehehe) dan semasa semua costume dia tolong dia semasa hadapi serangan Mandarin. Mmg cool and sempoi citer ni.

From 5 stars, i give 4 stars! :) Layanzzzzzzzzzzzz

(Review dari www.wanista.com)


Selepas peristiwa The Avengers,  Tony Stark telah mengalami sindrom panik melampau dan telah membina beberapa suit Iron Man dirumahnya . Keadaannya itu telah menyebabkan hubungannya tegang dengan kekasihnya Pepper Potts yang merupakan CEO Stark Industries. Dalam siri flashback pada malam tahun baru 1999, Stark bersama kekasihnya pada masa itu seorang saintis botani , Maya Hansen,telah menolak mentah-mentah pelawaan Aldrich Killian, yang mahu sokongan Stark dalam usahanya meneruskan program Advanced Idea Mechanics.

ironman
Pada masa kini, terdapat rentetan pengeboman oleh pengganas yang menggelarkan dirinya ‘Mandarin’ dan telah membuatkan agensi perisikan bingung kerana kekurangan bukti forensik. Apabila ketua keselamatan Stark Industries, Happy Hogan, terperangkap dalam salah satu serangan itu, Stark telah mencabar ‘Mandarin’ dan menyebabkan mereka bertindak balas dengan memusnahkan rumah Stark. Potts dan Hansen, yang datang untuk memberi amaran kepada Stark, dapat menyelamatkan diri dan begitu juga Stark walaupun terjatuh ke dasar laut, dan mendapati dirinya di luar bandar Tennessee selepas kepintaran beliau mencipta suit besi JARVIS yang tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk pulang ke California, dan dunia percaya beliau telah pun mati dalam serangan itu.
ironman3-b
Stark bekerjasama dengan Harley, seorang budak lelaki berumur 10 tahun untuk menyiasat letupan yang berlaku di Tennesse yang mengandungi bukti lengkap serangan Mandarin. Beliau mendapati letupan telah dicetuskan oleh askar dari program jahat Aldrich Killian. Eksperimen itu bertujuan untuk membolehkan pengguna untuk pulih daripada kecederaan yang teruk. Walau bagaimanapun, jika badan pengguna tidak sesuai dengan eksperimen tersebut boleh membuatkan pengguna panas dan badan mereka meletup. Stark percaya mereka menjadi mangsa plot jahat Killian.
mandarin-ironman3
Stark menyusup masuk ke dalam ibu pejabat Mandarin menggunakan pelbagai senjata buatan sendiri di mana beliau menemui Mandarin yang sebenarnya adalah pelakon British yang bernama Trevor Cassidy, yang merupakan seorang pelakon yag ketagih dadah. Watak Mandarin adalah satu ciptaan Killian dimana membolehkan Killian boleh menakluk dunia dengan membunuh Presiden Amerika pada ketika itu.
ironman3-a
Killian juga telah memanipulasi agensi perisikan Amerika mengenai lokasi Mandarin, dan menangkap Kolonel James Rhodes tetapi beliau berjaya melepaskan diri. Stark dan Rhodes telah berjaya mengesan lokasi Killian yang bercadang untuk membunuh Presiden Amerika, Ellis di kaca televisyen secara langsung. Stark berjaya menyelamatkan Presiden Amerika dan selepas pertempuran, Stark memberikan pesanan kepada suit JARVIS untuk memusnahkan suit Iron Man lain, supaya dia dapat menumpukan lebih banyak masa bersama Potts.
Dalam scene selepas kredit filem, menunjukkan Stark sebenarnya telah bercakap dengan seseorang mengenai traumanya. Kamera menunjukkan wajah Dr Bruce Banner ( Hulk ) yang bangun dari tidur semasa Stark meluahkan kisah traumanya.
Review 
Filem Iron Man 3 sarat dengan aksi yang mendebarkan dan juga skrip yang agak kelakar pastinya akan membuatkan anda tergelak apabila melihat filem ini. Kami suka chemistry di antara Tony Stark dan juga Pepper Potts dan lakonan Killian juga tidak kurang hebatnya. Watak kanak-kanak iaitu Harley yang bijak dan juga bersahaja membuatkan filem ini lebih menarik. Aksi paling mendebarkan adalah apabila rumah Stark diserang oleh pasukan jahat Killian dan aksi paling melucukan adalah dimana Stark membongkar identiti sebenar Mandarin yang merupakan pelakon dan penagih dadah. Kami berikan filem ini 4.5 dari 5 bintang! Rugi tak tengok!