Sunday, December 6, 2015

Belasungkawa

Assalamualaikum semua...

Sesungguhnya, MATI itu PASTI. Tidak lambat atau cepat walau sesaat. Tak kira usia, dimana dan bagaimana, kematian senantiasa menghambat manusia. Untunglah manusia yang selalu ingat akan kematian kerana itulah sebijak-bijak manusia. Namun yang alpa jua masih ramai...termasuklah aku...

Malaysia dikejutkan dengan kisah tiga kematian mereka yang ternama .... Pelawak Pak Yus, Seniwati Mariani dan YAM Tunku Jalil, anakanda Sultan Johor. Siapa mereka, semua jua mengenali. Namun, aku amat terkesan dengan kisah unsung hero yang tak pernah kudengar sebelum ini. Siapa sangka, ada sifat EHSAN besar dibalik kelawakan arwah Pak Yus. Dirinya diangkat hero selepas ketiadaannya, membuatkan aku insaf bahawa balasan Allah buat hamba-hambaNya yang setiasa bersyukur itu amat benar adanya. Tiada kisah buruk walau sekelumit yang kedengaran, disana sini  sahabat-sahabat hanya membangkitkan sifat pemurahnya serta kasih sayangnya buat teman2 dan saudara seIslam. Pada mulanya aku fikirkan, rakan2mu hanya berlakon dihadapan kamera, berpura-pura sedih namun aku SILAP. Kulihat airmata  ikhlas di mata sahabt2nya seiring kisah2 baik arwah yang membuatkan aku terfikir, 'hebat insan ini, mungkin syurga telah menanti!'... Rupa-rupanya, pemergiaanmu jelas memberi kesan mendalam buat seantero Malaysia. 

Pak Yus, kami mungkin hanya mengenali sisi dirimu sebagai penghibur namun sayangnya kami tak sempat mengenali sisi Ehsanmu yang cukup subur... Kau memberi bukti bahawa masih wujud insan ikhlas beramal tanpa perlu publisiti, pemberi bantuan tanpa perlu kamera dan bukti. Sungguh kami pilu dan senantiasa airmata ku bergenang tatkala melihat jenakamu namun sebenarnya, hatimu lebih pilu dari itu. Sesungguhnya, kau tidak memerlukan penghormatan dunia dan hanya Allah Maha Mengetahui kebaikan2mu. Damailah Pak Yus disana, semoga Syurga tempat istirehatmu dan beruntunglah dirimu yang kini bebas dari segala dugaan dunia. Al Fatihah buat arwah Pak Yus.