Thursday, March 26, 2015

Kisah burung merpati

 Displaying DSC_0639.JPG

Hari ini kisahnya tentang burung merpati.

Saya bukan peminat burung, apatah lagi membela burung merpati.

Tetapi, hampir setiap hari halaman rumah sy akan didatangi tetamu ini iaitu sekawan burung merpati yang asyik makan di sekitar kawasan rumah.

Suami sy yg rajin melayan, roti expired atau nasi semalam atau biskut yang dah tak termakan, habis dibagi buat burung. Dah hampir setahun suami sy bagi makan, sampai saya pun terikut.

Kdg-kdg, bila kami tak sempat letakkan makanan atau makanan dah habis, burung-burung pulak tgu kami, ada kalanya bila suami sy balik burung2 pun dtg hmmm.... kesian depa ;)

Kdg2, bukan burung merpati jer, burung minor, burung pipit, sehingga burung gagak pun join skali! hehehehe

ayah dan mak sy yg dtg umah menziarah pun, melayan karenah bagi makan burung ... seronok depa :)

tapi, kata-kata ayah saya yg buat sy terkesima....
'bukan senang burung nak dtg ke rumah kita ... itu tandanya ada berkah terhadap rezeki!'

Saya terdiam... nampak bersahaja ayatnya namun mendalam maksudnya!