Tuesday, February 25, 2014

Hikmah kejadian...

Assalamualaikum...

Saya agak down dengan hal-hal kerja baru-baru ini. Kita mudah down atau kecewa jika apa yang kita rancangkan tidak berjalan seperti yang kita inginkan. Tambahan lagi kalau di sekeliling kita kurangnya kata-kata semangat atau wujud pandangan negatif tanpa memahami keadaan sebenar yang berlaku. Saya juga tidak boleh salahkan mereka kerana kita tidak mampu memuaskan hati ramai pihak dan kita tak mampu menerangkan segalanya kerana pelbagai keadaan yang tidak membenarkan kita berbuat demikian.

Saya jarang down pasal kerja sbb sy boleh masuk kategori org yg 'gila kerja' atau 'workaholic'. Jd sy akan all out kerana kerja juga satu ibadah tanda pengabdian kita kepada Allah swt. Jadi bila yang dirancang berlaku sebaliknya maka kekecewaan itu pasti wujud.

Namun, setelah bermuhasabah diri, saya lupa bahawa manusia memang suka merancang namun Allahlah sebaik-baik Perancang. He is the Mastermind of all this. Kenapa saya lupa bahawa pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan? Kenapa saya terlalu optimis sedangkan penyerahan sepenuhnya (tawakal) hanyalah pada Allah dan bukannya manusia?

Saya yakin terlalu banyak hikmah selepas kejadian ini. Mungkin tak jelas tapi takpalah it serves as  great lessons to myself. 



Pengalaman temuduga Pegawai Penerangan

Salam,

Kebetulan ramai pula yang dapat panggilan peperiksaan untuk Pegawai Penerangan, so kat sini saya share sikit tentang pengalaman saya ditemuduga dahulu.

sebenarnya dah lama nak coretkan disini pengalaman temuduga untuk pekerjaan skrg, tp tak sempat,ade je hal2 lain ;) so insyallah, kat sini just nak kongsi tips dan pengalaman utk anda semua yg mungkin nak tahu juga apa soalan2 dan ekspektasi penemuduga... tp tak semestinya sama utk semua jawatanlah ye...

Memula, mmg mesti isi borang SPA secara online dahulu,takda pilihan lain. then dia akan pgl utk ujian bertulis, berdasarkan kelulusan dan apa yg sesuai dengan kelulusan kita. Apa yang saya tahu, peluang untuk dipanggil exam juga bergantung kepada CGPA kita, mesti lepas 3.0 sekurang-kurangnya.  then,lepas saringan ujian, baru pgl temuduga. saya dulu ujian tahun 2007, dan hanya dipgl temuduga bulan 8 2009. lama kan? sampai sy dah lupa sy pernah mintak jawatan pegawai penerangan hehehe

ada yg kata, nak kerja kerajaan kena ada cable. entahlah, tapi alhamdulillah sy takde pakai kabel, kabel kalu ada pun hanya Allah saje.

sy ingat lg, sy temuduga di ipoh, bangunan blkg bank islam. sy plg awl smpai, sbb lepas tu sy nak terus blk kl. masa tu spa temuduga utk ptd dan pegawai penerangan. ms sy smpai, ada sorang dua calon gak, utk ptd rasanya. sy memula frust juge tak dpt ptd, tp takpalah sy cuba yg ni.

then, sy dipanggil sbg org pertma. sy mmg nak first sbb sy nk blk awl dan tahu memula ni mood penemuduga mash bagus. so,mgkn bole skor lebeh kat situ...

saya masuk jer, terus kena perkenalkan diri dlm bahasa inggeris. interviewer 2 org, dari penerangan dan spa. soalan pertama, perkenalkan diri IN ENGLISH. thenm penemuduga tanya apa subjek kegemaran, sy ckp sejarah, terus dia suruh saya cerita ttg sejarah malaysia. sy jwb malaysia merdeka bla bla bla... terus dia potong , dia kata' itu sy dah tau. sy nak awk cerita dari MULA'. Ha, mau tekezut sy, nsb baek sy pensyarah pengajian malaysia, terus sy start citer dari zaman belanda lagi! ha, baru dia ok hehehe

then, soalan seterusnya, dia tanya sy ttg tugas sbg pegawai penerangan, then sy jwb la apa yg sy bc...sempat lg sy kata, sy tak nak jd peg penerangan kementerian kesihatan, sy nak masuk bwh jabatan penerangan! konfiden je kan! hehehehe apa lagi, depa tanya la kenapa? sy jwb sbb sy lg suka terangkan berkaitan dasar, kalau yg melibatkan kesihatan sy bmbg slh fakta sbb sy bukan bidang kesihatan

dia tanya gak apa fungsi pegawai perhubungan awam, tupun sy blur wpun sy tau jwpnnya, tp sy main bantai belasah aje, smpai dia yg tlg jwbkan, dia kata, awk ni tak tau ke tak ingat? hahaha pun satu hal

pastu dia tanya, sgp tak keje luar daerah, of cos la sy jwb ok ....

then, dia tanya, apa cara nak galakkan org ramai ada semangat kemerdekaan? sy jwb bg la reward pd syarikat/org2 yg kibarkan bendera, contohnya appearkan dalam paper agensi/syarikat yg kibar bendera di pejabat masing2... oklah

saya rasa ada lg soalan, tp sy dah tak berapa ingat, cuma inilah soalan2 yg selalunya dia akan tanya.

alhamdulillah, sy berjaya dalam temuduga dua bulan selepas itu. sy yakin, rezeki dtg dr Allah dan sebab2 lain kita dpt kerja gomen adalah penyokong sebab.  mgkn solat hajat, doa ibu, dan doa tak putus dipanjatkan jua faktor kejayaan sbb sy temuduga bulan puasa, alhamdulillah diperkenankanNya. Amin

Sy pun sempat jumpa dgn penemuduga saya, Puan Hajjah Saptuyah lepas dpt keje. Dia pun senyum lepas jumpa sy smpai sy tanya, kenapa puan pilih saya? Dia jwb dgn sempoinya, sbb engko bnyk ckp! hahahaha lawak giler. Setelah diselidiki rupanya penemuduga sy ni tegas dan fussy sikit, jd bgs sbb sy dipilih oleh org yg sebegitu :)

mungkin dulu sy kurang yakin dgn keupayaan diri utk bekerja di bdg ni, tp skrg alhamdulillah. namun, kerjaya dahulu sbg pensyarah bnyk membantu sy untuk kerjaya skrg sbb kerje skrg kena bnyk berckp dn jmp org. Thanks Masterskill for giving me such a wonderful experience!!!

inilah pengalaman sy, dan mungkin berbeza dgn org lain. bolehlah dijadikan panduan jika anda juga terpilih utk keje gomen :)