Salam semua,
Harini saya nak share resepi buat padprik ayam sempoi....
Bahan-Bahan:
Seketul ayam boneless - potong kecil
Seulas bwg putih diketuk & sebiji bwg besar - potong bulat
2 biji cili padi - diketuk
1 sudu besar cili boh, 3 sudu besar sos tomato, 5 sudu besar sos cili, 3 sudu besar sos tiram
setengah kiub pati ayam maggi/knor
sayur-sayuran potong ikut suka aje - karot, jagung, bunga kobis, capsicum
satu sudu kecil sos ikan - takde pun takpe
2 helai daun limau purut
sedikit garam
air sikit
air sikit
Cara-caranya:
1. Goreng dulu ayam tanpa minyak - (saya suka goreng dulu sebab nak ayam masak betul)
2. tumis bwg putih dan cili boh
3. lepas tu, campak je daun limau purut, cili padi, sos cili, sos tomato,sos tiram,sos ikan dan kiub ayam (kalau nak letak kicap sikit kasi nmpk hitam pun bole,saya tak letak sebab nak kasi kuah merah)
4. lepas mcm dah menggelegak, masukkan sayur-sayuran dan ayam.Masuk garam dan air sikit kalau kuah pekat sangat.
5. Last skali, masukkan bawang potong bulat.
Dah siap!!!!!
Masa memasak: 10-15 minit aje....
Paling senang dan cepat dan sedapppppppp
No comments:
Post a Comment