Tuesday, September 4, 2012

Resepi Udang Sambal Tumis Sempoi

Salam semua,

harini sy nak share resepi udang sambal tumis sempoi, resepi dr kwn baik saya, Puan Syarfiza yang sy ada olah sikit2...



Menu Dinner 4 September 2012

Bahan-bahannya: (2 orang makan)

Udang XL 10-15 ekor (sy buang kepalanya)
1 1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula
1 sudu besar asam jawa extra Adabi
1 sudu besar sos tomato, sos cili dan sos tiram
1 batang serai diketuk
1 daun limau purut
2 ulas bwg putih dan 2 biji bawang besar - dikisar
1 biji bawang besar - potong bulat
2 sudu kecil garam
setengah cawan air

Cara-caranya:

1. Tumis serai sehingga naik bau.
2. Tumis bahan-bahan kisar dahulu sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa, sos cili, sos tomato dan daun limau purut,garam dan gula dan tumis bersama bahan-bahan tadi. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
4. masukkan udang dan bawang potong bulat, kacau sehingga udang masak.

Hiasan - cili merah/daun bawang/daun sup/bawang goreng

Siap!!!!

Masa memasak : 15-25 minit sahaja

Selamat mencuba.










No comments: