Thursday, September 20, 2012

Belasungkawa ibu mertuaku... Hajjah Rosnah bt Ali Shah

Assalamualaikum mak...

Hari ini, genap setahun mak pergi menemui Illahi... dan hampir setahun juga sy bersuamikan anak mak... sesungguhnya, hati ini rasa teringin sekali memanggil mak tatkala mak masih hidup tapi apakan daya... takdir Allah telah menjemput mak kembali kepadaNya...

Betapa besar pengaruh mak dalam diri suami sy... saban waktu dia teringatkan mak... ada masa airmatanya mengalir juga mak... mengenangkan jasa2 dan pengorbanan mak kepadanya selama ini... apa jua ujian kini sy harunginya bersama anak mak... sy harus kuat untuk dia mak... alhamdulillah sy dikurniakan seorang suami sebaik anak mak... 

sy bersyukur Allah temukan jodoh sy dgn anak mak, dan terima kasih kerana sudi menerima diri sy yg tak seberapa ini untuk menjadi sebahagian dlm keluarga mak dan peneman anak mak... kalau dapat sy putar semula masa lalu, ingin saya penuhi impian mak tatkala nyawa masih dikandung badan...namun sy redha kerana perancangan Allahlah sebaik-baik perancangan...

tenanglah wahai ibu mertuaku dari segala ujian dunia ... insyallah kami jua akan kesana

Al-fatihah.....





saat mak menyarungkan cincin pertunangan di jari 




gambar terakhir bersama mak

Gambar terakhir mak bersama suami sy






No comments: