Thursday, August 30, 2012

Resepi Sardin Sambal Sempoi

Salam semua,

Alhamdulillah sy masih meneruskan puasa 6 yang ketiga harini. anda camna? insyallah masih sempat lagi nak puasa ni...

harini sy nak share resepi Sardin Sambal Sempoi... Maaf la saya tak letak pic sbb tak smpt nak snap smlm.

Bahan-Bahannya: (2-4 orang makan)

1 tin sardin ayam brand - tin besar

2 sudu besar cili boh/cili kisar

2 ulas bwg putih dan 4 biji bawang merah - dikisar

sebiji cili padi - diketuk

seulas bawang besar - dipotong bulat

1 sudu besar asam jawa extra adabi

sedikit gula - jika pedas letak lebih

Garam secukup rasa - jgn bnyk sgt

lada sulah - secukup rasa

air setengah cawan - kalau kuah banyak tak perlu letak

Cara-caranya:


1. Goreng ikan sardin sahaja (asingkan kuah) dahulu dlm 2-3 minit, dah garing angkat.

2. Tumis cili kisar, bwg merah dan bwg putih kisar sehingga pecah minyak.

3. campur asam jawa,garam,gula dan lada sulah dalam sos tadi.

4. dah masak, masukkan ikan sardin dgn sosnya dan gaul bersama. masuk air sikit kalau terlalu kering.

5. last skali, masukkan cili padi ketuk dan bawang potong bulat.

Dah siappp! Sempoi kan? Bahan-bahan sy guna senang dan sgt simple sbb tak smpt nak cari yg lain2 hehehe

Tempoh masak : 15-25 minit

No comments: