Sunday, August 12, 2012

Resepi Nasi Ayam Sempoi

                                                   Menu Berbuka 9 Ogos 2012 - Khamis
Salam semua...

Amacam? teruja tak tgk nasi ayam ni? hehehehe saya mmg pebret no.1 nasi ayam. mak saya kata kalau sy tercampak kat mana2 pulau dan ada nasi ayam je kat pulau tu, sy leh hidup ;)

dah lama sy cari resepi dan tanya mcm2 org, tp ade je tak jadi. sy frust sbb sy tak tau msk pebret food sy ni. nmpk senang tp nak kne betul gaya buatnya. Akhirnya, saya dpt resepi dari akak opis saya buat nasi ayam,sip dtg umah buat lagi hehehe.... thanks a million kak sha!

so, hari ni sy nak kongsi cara buat nasi ayam sempoi yg amat sempoi... insyallah kwn2 pun boleh buat punye ... :)

Bahan-bahannye :

Bahan A: (UNTUK PERAP AYAM)
 Ayam setengah ekor - yang dah direbus ye
3 sudu besar cili kering yang dah dikisar/cili boh
3 biji bawang besar/bwg merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
kicap manis

Bahan B: (Sup Ayam)

1 sup bunjut
1 kiub ayam - apa2 brand
2 biji bwg merah/besar, 3 ulas bwg putih, 3 inci halia - dihiris
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih
karrot / batang saderi etc
ibu kentang - kalau nak
daun sup
daun bawang
kaki ayam/tengkuk ayam - untuk lebih rasa sup, taknak pun takpe

Bahan C : Untuk buat nasi

Beras - 2 pot
3 sudu mentega/margerin
1 btg serai diketuk
2 inci halia - diketuk
seulas bwg putih - dihiris
sebiji bawang merah - dihiris
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih
Air rebusan ayam - 4 cawan - lebih kurang

Garam secukup rasa
Bawang goreng - hiasan
tomato/salad/timun - untuk makan dgn nasi ayam.

Bahan D : SAMBAL KICAP

Bahan-bahan untuk memerap ayam tadi jangan dibuang. bahan-bahan itu dimasak atas api dan boleh jadi sambal kicap. hmmmm nyum nyum!


Cara-caranya :

Kita kena rebus ayam dahulu.

Jadi, dalam periuk, tumis, bwg merah, bwg putih dan halia hiris serta 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih sehingga naik bau. then masukkan air dalam 1-2 liter ikutlah kalau nak banyak, tambah lagi. masukkan kiub ayam serta sup bunjut. then masukkan ayam mentah tadi dgn kaki dan tengkuk ayam.

rebus dalam 15 minit, lepas tu angkat ayam. bahan-bahan untuk memerap ayam dicampur dahulu, kemudian lumurkan pada ayam yang dah direbus tadi. peraplah dalam setengah jam ... lebih umppph!

then sup tadi, selepas ayam dikeluarkan, masukkanlah carrot dan ubi kentang dan tunggulah sampai masak. masukkan garam juga ye.

Ayam yang dah diperap tadi, gorenglah dalam minyak panas. goreng pun jgn sampai hitam sangat sbb ayam td dah direbus. so sedang2 aja ya!

Then, untuk buat nasi, basuh beras dan toskan airnya.  tumis 3 sudu mentega/margerin dgn 1 btg serai, 2 inci halia , seulas bwg putih , sebiji bawang merah dan 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga, 2 bunga cengkih sehingga naik bau. Then, bahan-bahan tumis tadi masukkan dalam periuk nasi bersama beras yang dah dibasuh tadi. Gaul rata. Minyak dr margerin td masuk je tau untuk lagi rasa nasi hehehe. Then, air sup td ambil dalam 4 cawan then masuk dlm periuk nasi. then, boleh masak nasi!

untuk sambal, lebihan bahan-bahan memerap ayam dimasak atas api untuk jadi sambal kicap.

Then, tgu sup masak sampai kaki ayam lembut, lepas tu campur la daun sup dan daun bawang serta bawang goreng utk bau harum... nasi ayam pun dah siap...

sedap dimakan masa panas.

Masa membuat - 45 minit - 1 jam :)

kwn2 boleh cuba ya. selamat berpuasa.













No comments: