Monday, August 13, 2012

Resepi Daging Masak Kicap Sempoi

Salam semua,

Alhamdulillah...dah masuk 25 hari kita berpuasa. Semasa awal2 puasa,saya mmg malas sikit nak masak sbb teruja membeli di bazar. tp dah lepas 2 minggu puasa, naik bosan nak membeli. sebab memikiokan bila lagi nak mula masak2 yg serius utk mr hubby :)


Menu berbuka - 13 Ogos 2012 Selasa

Jadi harini sy nak share resepi yg sy dpt dari mak yg sy rs sgt mudah nak buat dan tak memerlukan bnyk sgt bahan.Sy masak pun guna apa yg ada di dapur je,so kwn2...ini resepinya ya.

Bahan-Bahan untuk 2-3 orang makan:

500 gram daging lembu - dipotong dalam bentuk mancis
3 biji ubi kentang - dihiris tebal
1 sudu besar cili kering dikisar/cili boh
2 biji bawang merah/besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
3 inci halia - dikisar
seiji bawang besar - dipotong bulat
3 sudu kecil lada hitam - boleh tambah lagi kalau nak pedas
1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 5 buah pelaga, 2 bunga cengkih
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar tomato sos
3 sudu besar kicap mee
kicap kipas udang - saya tak sukat, nak hitam letak banyak, tak nak hitam, letak skit je :)
sebiji tomato - potong 4
3 cili hijau / sebiji capsicum
setengah batang karot - hiris tebal - takde pun takpa
2 sudu kecil garam
1 liter air

Cara-cara membuatnya:

Tumis cili kering, bawang besar kisar, bawang putih kisar dgn halia dalam periuk sampai naik bau. 

Masukkan air dalam periuk bersama daging yang dipotong tadi. Masukkan 1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 5 buah pelaga, 2 bunga cengkih, kicap mee, kicap kipas udang, lada hitam, karot, sos cili dan sos tomato. rebus sampai daging empuk, dalam sejam juga.

Ubi kentang yang dihiris tebal tadi digoreng dalam kuali lain. Lepas daging dah empuk baru campurkan ubi dalam daging tadi.( Kalau kuah nak lebih hitam, tambah je kicap)

Bila daging dah empuk, baru masukkan ubi kentang goreng, cili hijau/capsicum, bawang potong bulat dan tomato. Masuk last skali ye sbb bahan2 ni mudah lembut, kalau awal sgt nanti lembik dan hancur pulak dalam periuk.

masuk sikit garam. lepas tu, dah siap !!!

masa memasak - 1 jam - 1 1/2 jam sebab tunggu daging empuk dulu.

senang dan ringkas je kan? insyallah kwn2 pun boleh buat. sy pun berguru dgn mak utk buat masakan ni, sampai licin dalam periuk mr hubby makan hehehehe

selamat mencuba ya! dan salam aidilfitri





















No comments: