Alhamdulillah...dah masuk 26 hari berpuasa. cepatnya masa berjalan kan? semoga amal ibadat kita diterima Allah, lebih-lebih lagi dalam bulan penuh berkat dan pengampunan ini.
hari ni, saya nak share lagi menu berbuka saya semalam. Thanks to Puan Nadiya, rakan sepejabat yg sudi berkongsi resepi yang pernah saya buat dulu tp tak berapa nak jadi. so, sempoi je resepi ni, saya nak share dgn kwn2 ye...
Ikan Kerapu 3 Rasa - Menu Berbuka 14 Ogos 2012 - Selasa
Bahan-bahannya:
Seekor ikan siakap/kerapu/kembong - ikut suka anda ye!
Garam - dilumur pada ikan
Tepung jagung
Sos:
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris
3 biji cili padi - dipotong kecil
3 helai daun limau purut
1 sudu besar cili kering/cili boh kisar
3 sudu besar cili sos
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan - (takde pun takpa)
1/2 cawan air
nenas masak/nenas dlm tin - buang air
sebiji tomato - dipotong dadu (optional je)
setengah batang karot - dipotong dadu (kalau nak je)
sebiji bawang besar - potong bulat
satu sudu teh garam
satu sudu teh gula
Hiasan: (takde pun takpa)
Salad
Daun bawang/daun sup
Bawang goreng
cili merah - dihiris
Cara membuatnya:
Lumur ikan dgn tepung jagung & garam. goreng dalam minyak panas sampai garing. sy suka sampai garing betul2 hehehe
Untuk sosnye, simpan balik minyak ikan tadi, tinggalkan dalam 3 sudu then tumis bawang merah,bawang putih dan halia yg dihiris tadi. then bila dah naik bau, masukkan cili kisar,sos cili, sos tiram, sos ikan, air dgn garam dan gula. lepas dah agak masak, masukkan pula daun limau purut dan cili padi. seterusnya masukkan karot, nenas dan tomato. kalau rasa pekat sangat, tambah je air ye.
Lepas tu, siap daaaaa! bolehla hias dgn salad dan bahan-bahan hiasan lain.
Jangkamasa masak : 15 - 30 minit je!
Simple je kan? paling penting, masakan ni mesti ada nenas, kalau tak, kurang la rasa 3 rasanya ye. hehehehe
selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment