Tuesday, February 25, 2014

Pengalaman temuduga Pegawai Penerangan

Salam,

Kebetulan ramai pula yang dapat panggilan peperiksaan untuk Pegawai Penerangan, so kat sini saya share sikit tentang pengalaman saya ditemuduga dahulu.

sebenarnya dah lama nak coretkan disini pengalaman temuduga untuk pekerjaan skrg, tp tak sempat,ade je hal2 lain ;) so insyallah, kat sini just nak kongsi tips dan pengalaman utk anda semua yg mungkin nak tahu juga apa soalan2 dan ekspektasi penemuduga... tp tak semestinya sama utk semua jawatanlah ye...

Memula, mmg mesti isi borang SPA secara online dahulu,takda pilihan lain. then dia akan pgl utk ujian bertulis, berdasarkan kelulusan dan apa yg sesuai dengan kelulusan kita. Apa yang saya tahu, peluang untuk dipanggil exam juga bergantung kepada CGPA kita, mesti lepas 3.0 sekurang-kurangnya.  then,lepas saringan ujian, baru pgl temuduga. saya dulu ujian tahun 2007, dan hanya dipgl temuduga bulan 8 2009. lama kan? sampai sy dah lupa sy pernah mintak jawatan pegawai penerangan hehehe

ada yg kata, nak kerja kerajaan kena ada cable. entahlah, tapi alhamdulillah sy takde pakai kabel, kabel kalu ada pun hanya Allah saje.

sy ingat lg, sy temuduga di ipoh, bangunan blkg bank islam. sy plg awl smpai, sbb lepas tu sy nak terus blk kl. masa tu spa temuduga utk ptd dan pegawai penerangan. ms sy smpai, ada sorang dua calon gak, utk ptd rasanya. sy memula frust juge tak dpt ptd, tp takpalah sy cuba yg ni.

then, sy dipanggil sbg org pertma. sy mmg nak first sbb sy nk blk awl dan tahu memula ni mood penemuduga mash bagus. so,mgkn bole skor lebeh kat situ...

saya masuk jer, terus kena perkenalkan diri dlm bahasa inggeris. interviewer 2 org, dari penerangan dan spa. soalan pertama, perkenalkan diri IN ENGLISH. thenm penemuduga tanya apa subjek kegemaran, sy ckp sejarah, terus dia suruh saya cerita ttg sejarah malaysia. sy jwb malaysia merdeka bla bla bla... terus dia potong , dia kata' itu sy dah tau. sy nak awk cerita dari MULA'. Ha, mau tekezut sy, nsb baek sy pensyarah pengajian malaysia, terus sy start citer dari zaman belanda lagi! ha, baru dia ok hehehe

then, soalan seterusnya, dia tanya sy ttg tugas sbg pegawai penerangan, then sy jwb la apa yg sy bc...sempat lg sy kata, sy tak nak jd peg penerangan kementerian kesihatan, sy nak masuk bwh jabatan penerangan! konfiden je kan! hehehehe apa lagi, depa tanya la kenapa? sy jwb sbb sy lg suka terangkan berkaitan dasar, kalau yg melibatkan kesihatan sy bmbg slh fakta sbb sy bukan bidang kesihatan

dia tanya gak apa fungsi pegawai perhubungan awam, tupun sy blur wpun sy tau jwpnnya, tp sy main bantai belasah aje, smpai dia yg tlg jwbkan, dia kata, awk ni tak tau ke tak ingat? hahaha pun satu hal

pastu dia tanya, sgp tak keje luar daerah, of cos la sy jwb ok ....

then, dia tanya, apa cara nak galakkan org ramai ada semangat kemerdekaan? sy jwb bg la reward pd syarikat/org2 yg kibarkan bendera, contohnya appearkan dalam paper agensi/syarikat yg kibar bendera di pejabat masing2... oklah

saya rasa ada lg soalan, tp sy dah tak berapa ingat, cuma inilah soalan2 yg selalunya dia akan tanya.

alhamdulillah, sy berjaya dalam temuduga dua bulan selepas itu. sy yakin, rezeki dtg dr Allah dan sebab2 lain kita dpt kerja gomen adalah penyokong sebab.  mgkn solat hajat, doa ibu, dan doa tak putus dipanjatkan jua faktor kejayaan sbb sy temuduga bulan puasa, alhamdulillah diperkenankanNya. Amin

Sy pun sempat jumpa dgn penemuduga saya, Puan Hajjah Saptuyah lepas dpt keje. Dia pun senyum lepas jumpa sy smpai sy tanya, kenapa puan pilih saya? Dia jwb dgn sempoinya, sbb engko bnyk ckp! hahahaha lawak giler. Setelah diselidiki rupanya penemuduga sy ni tegas dan fussy sikit, jd bgs sbb sy dipilih oleh org yg sebegitu :)

mungkin dulu sy kurang yakin dgn keupayaan diri utk bekerja di bdg ni, tp skrg alhamdulillah. namun, kerjaya dahulu sbg pensyarah bnyk membantu sy untuk kerjaya skrg sbb kerje skrg kena bnyk berckp dn jmp org. Thanks Masterskill for giving me such a wonderful experience!!!

inilah pengalaman sy, dan mungkin berbeza dgn org lain. bolehlah dijadikan panduan jika anda juga terpilih utk keje gomen :)


11 comments:

Nanda Soon said...

Saya pun tak ada cable. Saya mula2 mohon keja ptd pada 2005. tapi kantoi 2 kali exam. Bagi lepaskan geram, saya buat permohonan semula pada tahun 2008 dan menjadikan keja Pegawai Penerangan sebagai opsyen utama. Lepas saja dua bulan, terus dipanggil temuduga. takde pun exam bagi Pegawai Penerangan ni.

Bila hari interviu, saya sampai pukul 8.30 pagi. padahal temuduga baru saja mula. saya ingat saya calon ke 5.Bila masuk, dua orang penemuduga, Puan Halimahton (Pengarah Terengganu/Pahang. Lupa dah)dan spa yg temuduga saya. Bila dia perasan saya ni cemas, dia pula yg suruh saya tenangkan diri. Bila da rilaks, barulah dia ajukan soalan. Soalan dia senang saja. Perkenalkan diri anda dan bidang yang dipelajari semasa di univ. saya pun blasahla.

Lepas dia tengok CV saya, dia kata tak payahlah soal lagi pasal 1Malaysia dan sejarah Malaysia sebab saya dah arif sangat dlm bab ini (dah terbitkan Buku teks Pengajian Malaysia). Jadi dia pun tanya soalan lain: kajian kes. Bunyi soalan begini: Dengan menggunakan apa yang anda pelajari di univ, apakah pandangan anda dalam projek pelaksanaan BAKUN di Sarawak? Nah... masa tu. kena jawab dalam Bahasa Inggeris. Sib baik idea datang tetiba.

Sedar atau tidak. sesi temuduga saya mengambil masa 45 minit. lama juga beb. Tapi tak perasan pn. Lepas temuduga, calon2 kat luar yang blum interviu pun cuak kerana depa cakap suara saya lantang bila bercakap. itula pengalaman temuduga saya.

shura said...

thanks for sharing.

Unknown said...

interview dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu ye? ke diorang bagi option utk kita cakap dlm bahasa apa..huhu..if u dont mind, may I ask..ok tak kerja pegawai penerangan? hehe..

wafa said...

Thanks soon...

Assalam Nur Syazwani...

Temuduga dalam kedua-dua bahasa, bergantung kpd penemuduga samada dia yang tentukan atau kita sendiri nak cakap bahasa Inggeris. Cadangan saya semasa kita perkenalkan diri tu dalam Bahasa Inggeris, lepas tu mungkin selepasnya penemuduga akan tanya dalam BM. Kerja sbg pegawai penerangan ini pada saya sgt multitasking, plg penting anda suka bekerja dengan orang, mampu buat event, mampu menulis dengn baik dan berkemampuan berfikir secara analitikal. Insyallah saya doakan anda berjaya!!!

Nanda Soon said...

Sekiranya penemuduga bermula dengan pertuturan Bahasa Inggeris, maka Syazwani perlu jawab dalam Bahasa Inggeris dan sebaliknya.

Tentang kerja Pegawai Penerangan. Ia bergantung kepada persepsi individu. Bagi saya, saya amat menghayatinya walaupun saya berpengetahuan kosong dlm bidang tersebut. Saya menganggap ia sebagai satu cabaran baharu untuk mempelajari bidang baharu.

Semasa temuduga, apabila ditanya apakah kebaikan pada diri anda? Maka perlu dijawabnya kebolehan. Contohnya pandai berkomunikasi, pandai menulis dan sebagainya. Yang penting, jawab saja. Jangan berhenti setengah jalan. Tujuan temuduga pegawai penerangan adalah untuk menguji kebolehan anda berkomunikasi dengan baik. Maklumlah penerangan kan. perlu banyak bercakap.

Semoga maju jaya....

Unknown said...

Hari ni nak lulus temuduga kerajaan bukannya mudah..sebab kekosongan jawatan terhad dan persaingan terlalu besar...persediaan mental dan fizikal penting untuk dapatkan satu-satu jawatan...Tp bg yaya Mental perlu kuat dan keyakinan perlu tinggi bila berhadapan dengan panel penemuduga

hafiz said...

Alhamdulillah. Saya dapat pengambilan baru pegawai penerangan s41. Lulus temuduga 1hb 11 2014.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Saya merupakan calon temuduga pegawai penerangan 2014. keputusan telah pn release, dan saya dikategorikan sebagai Simpanan Lantikan? adakah calon simpanan berpeluang untuk dilantik ke Lantikan Tetap Pegawai Penerangan?

Unknown said...

Assalamualaikum.
Hafiz...posting kt mane? Mcm mana keje so far?
Anonymous : insyaAllah akan dipanggil...cuba semak spai8...valid till 7 disember 2016

hafiz said...

Workload byk. And setiap dept ade taskforce yg berbeza2. Tp main obj ttp sama utk smpikan mklumat berkesan kerajaan kpd rakyat. Byk oustation n kerja hujung minggu. Masa i interview dulu, depends pd interviewer. Kalau dia ckp bm, u jawab in bm, kalau dia tanya in english, jawab in english. Tp masa saya langsung xde soalan in english. Semua bm n sedikit rojak. Paling penting confident n dia nk tgk minat u berbual on each topic dia tanya. Alhamdulillah. Saya batch paling latest, 2015. Nk masuk setahun dah service. N no cable. 3 keturunan fmily xde yg keje gomen. Saya first.

Unknown said...

Salam..nak tanya..jika kita sudah masuk keje gomen nak tukar kerja lain..boleh tak?ada caRA TAK?