Tuesday, February 25, 2014

Hikmah kejadian...

Assalamualaikum...

Saya agak down dengan hal-hal kerja baru-baru ini. Kita mudah down atau kecewa jika apa yang kita rancangkan tidak berjalan seperti yang kita inginkan. Tambahan lagi kalau di sekeliling kita kurangnya kata-kata semangat atau wujud pandangan negatif tanpa memahami keadaan sebenar yang berlaku. Saya juga tidak boleh salahkan mereka kerana kita tidak mampu memuaskan hati ramai pihak dan kita tak mampu menerangkan segalanya kerana pelbagai keadaan yang tidak membenarkan kita berbuat demikian.

Saya jarang down pasal kerja sbb sy boleh masuk kategori org yg 'gila kerja' atau 'workaholic'. Jd sy akan all out kerana kerja juga satu ibadah tanda pengabdian kita kepada Allah swt. Jadi bila yang dirancang berlaku sebaliknya maka kekecewaan itu pasti wujud.

Namun, setelah bermuhasabah diri, saya lupa bahawa manusia memang suka merancang namun Allahlah sebaik-baik Perancang. He is the Mastermind of all this. Kenapa saya lupa bahawa pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan? Kenapa saya terlalu optimis sedangkan penyerahan sepenuhnya (tawakal) hanyalah pada Allah dan bukannya manusia?

Saya yakin terlalu banyak hikmah selepas kejadian ini. Mungkin tak jelas tapi takpalah it serves as  great lessons to myself. 



No comments: