Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, yang maksudnya lebih kurang berbunyi:
'Jika kamu mengejar dunia, maka akhirat akan meninggalkanmu,
jika kamu mengejar akhirat, maka dunia akan mengejarmu,
tetapi jika kamu mengejar kedua-duanya,kamulah insan yang beruntung di dunia dan akhirat'.
Dulu aku tak begitu fikirkan sgt kesan dari kata-kata itu,tetapi bila aku kaitkan dengan kehidupanku kini yang penuh dengan cabaran,maka memang benarlah kata-kata tersebut. Cuba bayangkan, 'jika kita cuba mengejar dunia,maka akhirat akan meninggalkan kita', ambil sajalah contoh solat subuh. berapa ramai umat islam hari ini yang mampu dan mahu bangun di waktu awal pagi, mengambil wudhu dan tunduk sujud mengadapNya. Boleh dikira dengan jari berapa ramai lelaki yang turun ke masjid dan menunaikan solat subuh berjemaah. apakah ini kualiti muslim yang kita ada hari ini? ingatlah,solat memang boleh diqadha tetapi,masa yang berlalu tetap akan berlalu. aku tidak menuding jari kepada sesiapa permasalahan ini tetapi aku tujukan buat diriku sendiri yang seringkali menangguh-nangguhkan urusan kepadanYa.
Ya,aku memang akui, cabaran untuk seorang muslim yang benar-benar tinggi keimanannya kepada Allah swt adalah solat subuh.di waktu pagi yang dingin, sejuk, cuaca yang mendamaikan, ramai manusia lebih sanggup berselimut penuh daripada bangun dan solat mengharap redhaNya. cubalah fikirkan sejenak, bagaimana mungkin kita ini mengaku sanggup berkorban untuk Allah tapi kewajipan solat subuh pun,kita gagal laksanakannya? bagaimana mungkin kita ini mengaku orang islam yang sejati jika untuk solat subuh pun,kita tak mampu bangun dan melawan hawa nafsu dari godaan syaitan laknatullah?
Cuba bezakan, orang cemerlang dengan orang yang gagal dalam kehidupannya. Carilah puncanya, adakah orang cemerlang bangun awal di pagi hari atau bangun lewat di kala matahari telah meninggi? Bukankah rezeki mudah datang kepada kita di awal hari, berbanding di waktu matahari telah berada di atas kepala?
aku perhatikan atas kejadian yang berlaku diatas diriku sendiri, jika aku lewat dalam mengerjakan solat subuh, aku rasa hidupku pada hari itu tidak begitu tenang, aku kurang bersemangat,rezeki susah masuk dan mungkin aku tidak begitu bersemangat untuk bekerja. tetapi,jika aku solat subuh pada waktunya, aku dapati, aku lebih bersemangat dan gembira bekerja, otakku tenang dan jika stress, aku mudah mengawalnya, dan lebih menguntungkan lagi, ada saja kawan-kawanku yang secara tiba-tiba saja membayar harga makananku! bukankah telah aku katakan pada awal tadi, rezeki mudah datang jika kita bangun awal pagi? rezeki itu tidak semestinya berbentuk makanan saja,malah ia bisa datang dari pelbagai sumber lain.
Dan,dari satu buku yang aku baca,rupanya-rupanya orang Barat yang kita tahu majoritinya bukan Muslim, sangat suka bangun awal pagi,untuk senaman,mengambil angin pagi dan untuk kesihatan. pada mereka, bangun pada awal pagi, memberi ketenangan jiwa dan mental kepada mereka. malahan,ada yang sanggup bangun pada awal pagi hanya untuk menemani anjing peliharaan mereka bersiar-siar di waktu pagi! Sekali lagi aku kagum dengan Islam,agama yang Allah telah janjikan bersifat universal dan praktikal dalam apa jua keadaanya. Jadi, jika orang bukan islam pun,boleh bangun awal pagi,mengapa kita Muslim sangat lemah melakukanya? Bukankah di sebalik perintah Allah itu, ada mukjizat dan hikmah yang tersembunyi yang sangat besar maknanya?
Bukanlah tujuanku mahu berkhutbah,cuma aku mahu perbetul diri ini disamping mengingatkan sahabat2 muslim yang lain agar sama-sama kembali kepadaNya dan menjadi umat yang kuat.
Persoalannya,bila mahu berubah?