Tuesday, July 30, 2013

Resepi Biskut Mazola



Salam Ramadhan,

Misi membuat biskut raya masih diteruskan. Kali ini, saya cuba-cuba pula buat biskut mazola sebab mak kata lebih senang dari biskut makmur, so let me share d recipe for u ya!

Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
3 cawan gula kastor
1 kg kacang tanah dikisar kasar ( jgn halus sgt ye)
3 cawan minyak mazola (minyak jagung)
1 biji kuning telur 

1. Goreng tepung. (untuk ringankan tepung)
2. Ayak tepung. Campurkan gula kastor dan kacang tanah dan gaul sebati.
3. Campurkan minyak mazola sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
4. Biarkan doh dalam setengah jam.
5. Buat bulat-bulat. (bentuk lain pun boleh je)
6. Sapu kuning telur atas bulat-bulat tadi.
7. Bakar dalam suhu 160 darjah celcius selama 30-45 minit.

Dah siapp!!!

Memang sgt simple berbanding buat biskut makmur. Cubalah ye!












No comments: