Wednesday, July 24, 2013

Nostalgia




Kelmarin saya mendengar siri motivasi pagi di radio ikim.fm berkenaan topik Nostalgia.

Nostalgia adalah memori/kenangan kita yang lalu. Apa yang penceramah fokuskan adalah, kita jangan selalu bernostalgia.

Mula-mula,saya pun tak berapa faham apa maksudnya.

Namun, penceramah tersebut menjelaskan bahawa nostalgia itu tetap ada pada setiap insan,tetapi kita jangan membiarkan diri kita bernostalgia atau 'carried away' dengan pengalaman kita tu. Contoh yang diberi penceramah adalah kalau kita balik kampung, terus teringat arwah mak, dah tak boleh buat kerja rumah, dan terus blur tak boleh buat apa-apa. Atau pegang je senduk, teringat pulak kat arwah isteri sampai tak lalu makan dsbnya... itulah yang dimaksudkan supaya jangan bernostalgia. teringat kepada nostalgia itu ok, tp jangan sehingga menjejaskan tugas seharian kita.

Sebab, orang yang kerap 'bernostalgia' ini tidak akan fokus dengan kerjanya dan membiarkan dirinya hanyut dengan pengalaman lalu. Seharusnya pengalaman itu mematangkan dan bukannya melalaikan.

2 comments:

Nanda Soon said...

Seharusnya nostalgia lepas dijadikan sebagai panduan dan wadah kepada kehidupan semasa kita. Sekiranya kita terlalu terikat dengan peristiwa lepas (attachment), ia tidak akan memanfaatkan mana-mana pihak...

Nanda Soon said...

Wafa,

Nostalgia boleh diteruskan tapi jangan terlalu obses/fanatik. Ia seharusnya dijadikan wadah dan panduan dalam kehidupan semasa kita. Terlalu obses pada sesuatu peristiwa kangkala akan memudaratkan kita. Biarlah kita melakukan secara sederhana. Itu adalah cara yang perlu kita amalkan...