Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Bulan Mei ini penat sikit, program back to back. Antaranya saya baru lepas bertugas sebagai fasilitator (pemudahcara) bagi program PAC S41 Pegawai Penerangan. Rasa bertuah juga kerana diberi kepercayaan oleh KP Penerangan untuk bertindak sbg fasi dlm PAC ini. Nampak macam mudah je fasi ni namun tugas penting yang perlu dihadapi adalah untuk memastikan pelaksanaan setiap aktiviti dijalankan dengan lebih berkesan, berjalan lancar dan mudah jua difahami oleh para calon S41.
Sebenarnya, saya bukan nak cerita ttg tugas sy sbg fasi, namun lebih ingin berkongsi pengalaman sepanjang PAC berlangsung setelah dilihat tidak banyak tulisan blog berkenaan PAC Pegawai Penerangan ini diperkatakan dalam alam maya. Mungkin banyak cerita ttg PAC PTD namun utk makluman, PAC Pegawai Penerangan ini baharu shj diperkenalkan pada tahun 2011. (Batch saya tak sempat merasa PAC). Sy difahamkan bwh SPA telah mewajibkan bakal-bakal penjawat awam melalui PAC sebelum melalui proses temuduga. Jadi, bukan shj pegawai penerangan, skim-skim jawatan lain pun perlu melalui PAC seperti Pegawai Sukan, Pegawai Hal Ehwal Islam dll.
Ok, berbalik cerita ttg PAC S41 Pegawai Penerangan, saya pun baru mengetahui bahawa PAC Pegawai Penerangan untuk Jabatan Penerangan tidak sama dengan PAC Pegawai Penerangan untuk Kementerian Kesihatan. Jd, yang saya nak share disini ialah PAC untuk Jabatan Penerangan ya :)
PAC akan berlangsung sehari shj, bermula jam 8.00 pagi sehingga selewat-lewatnya jam 6.00 petang. Saya sangat2 sarankan, calon-calon tolonglah dtg awal, isi siap2 borang yg diberikan serta memakai pakaian formal iaitu pakaian pejabat! Saya lihat ramai calon gagal mengikut 'dress code' yang ditetapkan, ada yang pakai legging, selipar, tak pakai tie, baju short sleeves, pakaian nipis, dan macam-macam lagi. Anda ni mohon jawatan pegawai, jd silalah ikut ptotokol pakaian pejabat yang standard dan smart. Biar orang impress dengan penampilan kita as people always said ' First impression will always be a lasting impression'. Penampilan perlu tip top, tp saya tak la kata pakai makeup tebal, gincu merah menyala, atau perfume sedepa dah leh bau; ingat tips sy ni : biar kemas, terserlah personaliti sbg pemimpin dan menyenangkan. (saya sarankan google le tips2 pakaian untuk temuduga)
Attire baharu yang dibolehkan untuk penjawat awam wanita kini |
Contoh pakaian yang sesuai untuk PAC |
Saya setuju sgt2 para calon pakai blazer semasa PAC sebab nampak kredibiliti kita sbg pegawai. Kalau takde, eloklah invest sikit ye :)
Bila anda sampai untuk daftar, anda akan diberikan nombor badan untuk dipakai sepanjang PAC. jaga baik-baik, kalau boleh hafal nombor badan anda sebab itu aje yg anda akan guna sepanjang PAC berlangsung. Sy nasihatkan anda sebut nombor badan dalam setiap aktiviti untuk memudahkan panel kasi markah. Anda juga akan diberikan satu slip kehadiran, jadi bawa slip tu pada setiap aktiviti dan fasi akan sign dan bagi balik sebelum ke sesi berikutnya. Nombor badan dan slip kehadiran akan dikutip semula selepas aktiviti terakhir dilaksanakan pada petangnya.
Anda juga akan diberikan nombor bilik bagi setiap aktiviti yang dijalankan, maknanya anda tidak akan berada di dalam bilik yang sama untuk semua aktiviti. Anda kena bergerak dari satu venue ke venue yang lain, jadi kena cepat dan ikut masa ditetapkan. Jgn lewat sbb bimbang itu membosankan panel :) Ahli kumpulan anda terdiri dalam 10-15 orang, so elok juga berkenal-kenalan mana tau kot2 jadi kwn nanti lepas dpt jawatan ;)
Anda juga akan diberikan nombor bilik bagi setiap aktiviti yang dijalankan, maknanya anda tidak akan berada di dalam bilik yang sama untuk semua aktiviti. Anda kena bergerak dari satu venue ke venue yang lain, jadi kena cepat dan ikut masa ditetapkan. Jgn lewat sbb bimbang itu membosankan panel :) Ahli kumpulan anda terdiri dalam 10-15 orang, so elok juga berkenal-kenalan mana tau kot2 jadi kwn nanti lepas dpt jawatan ;)
- Ujian Personaliti SPA
- Debat Ala Parlimen
- Daya Penyelesaian Masalah
- Group Discussion
- Pengucapan Awam
- Public Speaking
Jadi, saya tekankan semula disini, TOLONG DATANG AWAL ke PAC yang ditetapkan. Jgn lewat, kalau boleh survey dulu tempat tersebut sebelum datang. Buar research skit tentang Jabatan Penerangan, sebab inilah agensi yang anda bakal ditempatkan nanti.
Aktiviti utama PAC:
1. Ujian personaliti SPA - saya tak terlibat dalam ujian ini tp yg sy tahu ini adalah segmen penting untuk tgk anda sesuai ke tak dgn jawatan ini. Soalan ada banyak, jd jgn fikir sgt jawapan betul atau salah, sbb kalu fikir anda boleh menipu diri. Jawab jujur je ok ;) Masa diberi 30 minit aje.
2. Debat ala parlimen - Inilah masanya anda nak cuba bakat jd YB hehehe anda akan diberi tajuk oleh fasi (sy le tu hehehe) dan anda kenalah berdebat sesama sendiri ttg tajuk diberikan. Selalunya tajuk diberi adalah isu-isu semasa yang sdg hangat diperkatakan, so rajin2kan diri anda untuk baca dan tahu perkembangan semasa. Masa diberi 30 minit shj untuk kumpulan anda berdebat, jadi lebih kurang dalam 2-3 minit je berhujah. (ikut keadaan juga sbb kdg2 aktiviti mula lewat) Fasi akan tentukan siapa pihak kerajaan dan pembangkang. Apa yang penting dalam aktiviti ini? Sy bagi tips sikit, suara mesti jelas, hujah & bukti mantap penyampaian meyakinkan. Berlakon la sikit ala-ala ahli parlimen gitu. Insyallah kalau anda yakin, anda boleh ;)
4. Group Discussion - Haaa, for this activity, you need to speak in English for 45 minutes. You will be given a topic and you need to discuss it with your group members. The topic will be general and quite easy to be discussed. Everyone can talk, so my tips here is, do not conquer the discussion. Let everyone talk and give ideas. But, its good also if you try to give comments on other people opinions but plz do it positively ya. Sometimes, we can even provoke you hehehehe For this activity, panel will see your ideas, your confidence level when you speak in English and your knowledge on the given topic.
5. Pengucapan awam & Public Speaking - Masa diberi untuk pengucapan awam ialah 5-6 minit shj dan public speaking 4-5 minutes only. Topik diberikan semasa pendaftaran. Buat persediaan sebaiknya sepanjang waktu rehat. Sy lihat ramai yg agak down masa sesi ni, mgkn letih kot dgn aktiviti pagi. Jadi, saya harap, anda dapat gunakan dua sesi terakhir ini sebaiknya sbb pengucapan awam mmg tugas utama pegawai penerangan. Anda boleh rujuk teks tp tolonglah jgn baca je teks tu, sampaikan dalam bentuk pengucapan awam. Biar panel lihat anda seorang yg yakin dan mampu berhujah dengan baik. Pastikan anda maintain good body language, eye contact dengan semua di dalam kelas tersebut termasuk ahli panel. Jgn cakap laju sgt, take your time, plan your momentum and rise like a star!!!! cewahhhhh hehehehehe Pandang mata kwn2 anda semasa pengucapan awam, biar meresap dlm hati.
Itulah antara tips yg sy boleh kongsi dgn anda ... sy ni bukanlah terror sgt sbb masih baru juga dlm jabatan tp dah berpengalaman melalui 5 x PAC sbg fasi dan sekali PAC PTD (tp sy tak dpt hehehehe) sy fikir ok kot nak kongsi dgn anda bagaimana PAC Pegawai Penerangan ini dilakukan.
Kesilapan ramai calon semasa PAC ialah : ambil mudah, kurang buat research dan ingat kerja gomen senang. Zaman senang-senang dah berlalu as business is not as usual anymore.
Sy doakan semoga berjaya calon-calon PAC S41 Pegawai Penerangan, semoga anda dapat menyertai perkhidmatan awam bersama kami :)
Truly.....
Fasi 2011, 2013 & 2014
PAC S41 & S27
21 comments:
tq for sharing..sy akn attend pac di intan sabah hri rabu ni..ni lac sy yg ktiga da..hehe..hrap2 kli nilepas la..:) agak2 brpa rmai pngambilan utk jwatan ni erk?? tq for in4...:)
thanks for the info.. esok PAC d Sabah.. I can do it!! Fighting!!!
Thanks fasi sbb sudi kongsi tips, doakan esok sy pac :)
Assalam,
Good luck to all of you. Just do the best you can. I pray for ur success!
Rusianti - saya tak pasti figura sebenar tp yang pastinya, kekosongan ada walaupun tak banya. Yg penting, anda lakukan yang terbaik!
PAC tu mmg sangat penat. Honestly bila public speaking tu mcm.dah takda tenaga since dari pagi pack dengan aktiviti and berjalan sana sini. Apapun it was a very good experience for me and other candidates i guess. Kat sini kita boleh tgk the way kita berinteraksi dengan orang yg baru kita kenal. Alhamdulillah..group saya sangat sporting.and we helped each other during the activities. Apa pun bergantung kepada rezeki. Kalau ada, Alhamdulillah ^_^ anyway Tq utk semua faci sbb sgt cool and supportive! - PAC Shah Alam
Wish all of you best of luck!
Thanks for info. Btw saya bakal hadir pac di bangi utk w41, akauntan.. ada byk beza x aktiviti jurusan anda dgn akauntan? Seriously perempuan blh pakai blazer skrg? Maaf cuma nak double confirm sbb mcm was2,
Terima kasih ;)
Hi yang tak bernama ;)
Yup sudah pasti bidang tugas pegawai penerangan dan akauntan amat berbeza :) jadi PAC pun pasti berbeza pengisian. Yup, kebenaran untuk pakai blazer (2 piece or 3 piece) bagi wanita telah diberi oleh KSN. Boleh rujuk pekeliling di JPA. Semoga berjaya ya!
hi. terima kasih kerana berkongsi.
untuk pac satu hari ni, ada tak slot larian? saya akan menghadiri pac di kajang pada sabtu ni. terima kasih.
Alhamdulillah dah lulus PAC yg berlangsung pd bulan 5 baru ini...rasa macam tak percaya! Tgh tunggu surat panggilan utk stage last which is Interview..Betul tak last? Ke ada lagi stage lain ek? Please kongsikan cara nak handle iv pulak Puan..tq ^_^
Assalamualaikum menarik perkongsiam .bagus utk calon2 yg akan hadir. Keep it up.
Alhamdulillah sy lulus PAC yg tlh diadakan di politeknik PD .. agak gementar utk temuduga sebab terfikirkan peg penerangan mencakupi bidang yg amat luas. Mnyeluruh wlaupun ada fokus kpd penyampaian dsr2 awam.
Jika tdk keberatan harap saudari dpt berkongsi pula proses dan tip semasa temuduga
Saya sekarang sentiasa terfikir indahnya..kalau dapat ilham apakah topik yg mungkin menjadi pilihan penemuduga... :)
Salam,
Sy nak tanya selalu nya public speaking & pengucapan awam dibuat sekali semasa PAC atau dipilih salah satu mengikut atucara? Sy akan PAC bg jwtn S41 bln ogos ni..Thanks
Salam Puan. Saya merupakan salah seorang peserta PAC S41 di Poli PD Mei lalu. dan saya masih ingat lagi puan menjadi fasi saya pada hari tersebut. Ketika itu sesi debat ala parlimen. alhamdulillah, saya lulus. Tak sabar nak hadir temuduga nanti :) terima kasih kpd semua fasi yang terlibat pada hari tu.:)
Salam. Saya lulus pac peg penerangan haritu. Boleh sy tahu samaada temuduga sudah diadakan atau saya terlepas pandang?
Thank you for your sharing ... Will attend this PAC
Hai sis. Wanna to ask you adakah pac pegawai penerangan sama dengan penolong pegawai penerangan?
Assalam tuan, sy telahpun lulus ujian online dan bakal dipanggil untuk PAC bagi jawatan penolong pegawai penerangan S29..adakah tentatif program PAC bg jawatan terbebut sama dgn jawatan pegawai penerangan s41?
Salam puan, saya nak tanya tentang aktiviti PAC Pen. peg. Penerangan S29? Adakah sama dgn Peg. Penerangan? TQ
Tq admin for sharing. Sy ada pac 20/5 ni.
semoga ilmu ini menjadi manafaat kepada saya serta yang lain dan didoakan moga anda mendapat pahala dpd Allah swt di atas perkongsian ini...
salam semua,
wahh ramai jugak ya yang sudi refer tulisan saya ni. Thank u so much. Minta maaf sy ni jarang blogging, but i will try to help you as much as possible.
anita awal, ain nurul, anonymous : yup pac for s29 dan s41 is similar, tp more difficult to s41.
thanks Dann dan unknown. saya sedar mungkin kurangnya pendedahan tentang PAC pegawai penerangan berbanding PAC PTD. Saya cuma berkongsi apa yang saya tahu agar calon boleh lebih bersedia dan tahu ekspektasi jabatan terhadap calon2.
Post a Comment