Tuesday, July 30, 2013

Resepi Biskut Mazola



Salam Ramadhan,

Misi membuat biskut raya masih diteruskan. Kali ini, saya cuba-cuba pula buat biskut mazola sebab mak kata lebih senang dari biskut makmur, so let me share d recipe for u ya!

Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
3 cawan gula kastor
1 kg kacang tanah dikisar kasar ( jgn halus sgt ye)
3 cawan minyak mazola (minyak jagung)
1 biji kuning telur 

1. Goreng tepung. (untuk ringankan tepung)
2. Ayak tepung. Campurkan gula kastor dan kacang tanah dan gaul sebati.
3. Campurkan minyak mazola sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
4. Biarkan doh dalam setengah jam.
5. Buat bulat-bulat. (bentuk lain pun boleh je)
6. Sapu kuning telur atas bulat-bulat tadi.
7. Bakar dalam suhu 160 darjah celcius selama 30-45 minit.

Dah siapp!!!

Memang sgt simple berbanding buat biskut makmur. Cubalah ye!












Monday, July 29, 2013

Resepi Biskut Raya - Biskut Makmur





Salam semua,

Alhamdulillah, buat pertama kali buat biskut raya. Selama ni, main tunjuk2 je or mak yang buat, tp bila dah jadi bini orang ni, nak gak tunjuk skill main masak2 hehehe so hari ni sy nak share resepi Biskut Makmur yang diajar oleh mak saya. Biskut ini popular di Perak.


Bahan-bahan dia sangatlah mudah dan senang nak buat.

Bahan A :
1 kg tepung gandum
1 1/2 cawan margerin 
3 cawan minyak sapi
3 biji telur - gred apa pun boleh

Bahan B:
kacang tanah ditumbuk kasar setengah cawan
1 cawan gula kastor

Cara-caranya:

1. Cairkan margerin dan minyak sapi dengan api kecil. 

2. Goreng tepung sehingga nampak berketul. Tujuan goreng adalah untuk ringankan tepung. (Kalau jemur pun boleh)

3. Ayak tepung.

4. Masukkan margerin,minyak sapi dan telur sedikit demi sedikit.

5. Gaul kesemua bahan-bahan tadi sehingga membentuk doh. Jika terlalu lembik, tambah sikit tepung, kalau keras sangat, tambah sikit minyak sapi. (tak perlu pukul)

6. Kacang tanah dan gula kastor dicampur dalam mangkuk lain. 

7. Bentukkan doh tadi dalam bentuk bulat-bulat kecil. Buat lubang di tengahnya dan sumbat dengan kacang tanah+gula kastor yang dah dicampur tadi. Bulatkan semula. (yang ni memang renyah sikit, kena bulat betul-betul supaya kacang tadi tak keluar.

8. Bakar selama 30-45 minit dengan kepanasan 160 darjah celcius.

9. Lepas masak, sejukkan sebentar dan 'mandikan' biskut dengan gula kastor sahaja sebelum disimpan.

10. Siap!!!

Insyallah, setiap adunan ni boleh dapat 150 - 200 biji biskut mengikut saiz. Kalu rajin, buatlah bulat-bulat kecik.

Selamat mencuba!!!






Wednesday, July 24, 2013

Nostalgia




Kelmarin saya mendengar siri motivasi pagi di radio ikim.fm berkenaan topik Nostalgia.

Nostalgia adalah memori/kenangan kita yang lalu. Apa yang penceramah fokuskan adalah, kita jangan selalu bernostalgia.

Mula-mula,saya pun tak berapa faham apa maksudnya.

Namun, penceramah tersebut menjelaskan bahawa nostalgia itu tetap ada pada setiap insan,tetapi kita jangan membiarkan diri kita bernostalgia atau 'carried away' dengan pengalaman kita tu. Contoh yang diberi penceramah adalah kalau kita balik kampung, terus teringat arwah mak, dah tak boleh buat kerja rumah, dan terus blur tak boleh buat apa-apa. Atau pegang je senduk, teringat pulak kat arwah isteri sampai tak lalu makan dsbnya... itulah yang dimaksudkan supaya jangan bernostalgia. teringat kepada nostalgia itu ok, tp jangan sehingga menjejaskan tugas seharian kita.

Sebab, orang yang kerap 'bernostalgia' ini tidak akan fokus dengan kerjanya dan membiarkan dirinya hanyut dengan pengalaman lalu. Seharusnya pengalaman itu mematangkan dan bukannya melalaikan.

Wednesday, July 10, 2013

Review World War Z



Last week tgk citer ni, tp sensorang sbb Mr Hubby koje, jadi utk hilangkan boring gla nonton.

Agak best juga citenye sbb lain dr citer zombie biasa... mmg tak smpt ngantok tgk cite ni....

Sinopsis Filem World War Z:


Gerry Lane (Brad Pitt) merupakan seorang bekas penyiasat UN diperlukan untuk tugas menyiasat virus yang menjadi punca serangan zombie. Oleh kerana kepakarannya menyiasat semasa bertugas untuk UN, bantuan Gerry diperlukan bagi membantu Dr. Andrew Fassbach (pakar virus) dalam misi mencari sumber asal virus tersebut.
Gerry dan beberapa orang yang ditugaskan untuk misi tersebut memulakan penyiasatan di pangkalan tentera di Korea Selatan. Mereka diserang zombie ketika sampai kat sana. Di situ, Gerry dapat tahu zombie-zombie tu tertarik kepada BUNYI. Bila terdengar bunyi, zombie tu akan terus bertindak liar dan menyerang.
Penyiasatan di Korea Selatan tak mendapat apa-apa hasil, tapi ada sumber maklumat yang diperoleh daripada seorang bekas CIA yang dipenjarakan di situ akhirnya membawa Gerry dan pasukannya ke Israel.
Di Israel, situasi tenang akhirnya bertukar menjadi huru-hara akibat serangan zombie yang mengganas kerana penduduk yang berada dalam kawasan tembok Israel membuat bising. Zombie yang tertarik dengan bunyi tu berjaya memanjat tembok Israel yang tinggi dan menyerang habis-habisan.

Filem World War Z ni memang banyak babak saspen sampai aku tengok pun rasa berdebar-debar. Zombie tu laju betul kejar orang. Pintu ke dinding ke diorang main langgar je semasa tengah mengejar. Zombie dlm citer ni tak sama dgn typical zombie yg selalu kita tgk.

So, filem yg boleh buat adrenalin menjadi laju! Aku bg 4 bintang utk filem ni.




Tuesday, July 2, 2013

Cuti-cuti ke Universal Studio Singapore 24 Jun 2013


Salam semua,

Baru-baru ini saya dan kwn2 pejabat ke USS. Saja mengrewardkan diri sendiri selepas berhempas-pulas bertugas di JB  :)

Payment sahabat sy, hajjah aishah yang uruskan. kami cuma bayar RM 200 termasuk tiket masuk, lunch voucher, $5 dollar voucher beli cenderamata dan transportation pergi-balik dr Hotel The Zon ke USS. oklah kan?

Sangat bagus travel agency ni, sapa nak saya boleh rekomenkan sbb dia sgt punctual, pkl 8 pagi dah sampai dpn hotel, then kami sampai USS 9.30 pagi. boleh lepak2 lagi sbb USS buka pukul 10.00 pagi. Suggestion sy elokla pegi masa hari bekerja dan bukan weekend sbb tak pyh beratur pnjg sgt nak main game di sini.

Kami pun turut beli tiket express lane, $30 untuk elak beratur lama, walaupun dipersuade oleh penjual tiket jgn beli, namun kami dgn degilnya beli gak hehehehe

wajib bergambo dgn globe ni, ni kat luar sblm masuk pintu gerbang

'watak' pertama yg kami jumpa Frankestein

First game yg kami main, spagethi war... hahaha nyesal main, tp budak2 elok la
Depan game yg paling kami suka main, sampai 5 kali ! 

jalan2 pusing cari harta karunnn... pun kalu tak naik pun takpe sbb lebih sesuai utk bebudak

indoor roller coaster the mummy, scary gak la utk diriku yg gayat hehehehe
dalam boat ride jurassic park, sebelum basah lenjun heheheh

waterworld show

Macam Prof Muhaya tak? hehehehe

Madagascar ride, oklah dgn sedikit elemen surprise

Live Rock Ghost show

sebelum berperang, pakai 3D spek dulu ye

'kenderaan' yg akan dinaiki sblm lawan dgn robot jahat

di jurassic park gak, nampak biase je bende ni, try test dulu!

King Julian in d hauz!!!

show petang

Galactica Rollercoaster, kami ambik gambo je, sorang je yg naik. Neves dgn kelajuannya, tp akan naik gak next trip!

last2 dpt gak gambo dgn depa ni