Last week tgk citer ni, tp sensorang sbb Mr Hubby koje, jadi utk hilangkan boring gla nonton.
Agak best juga citenye sbb lain dr citer zombie biasa... mmg tak smpt ngantok tgk cite ni....
Sinopsis Filem World War Z:
Gerry Lane (Brad Pitt) merupakan seorang bekas penyiasat UN diperlukan untuk tugas menyiasat virus yang menjadi punca serangan zombie. Oleh kerana kepakarannya menyiasat semasa bertugas untuk UN, bantuan Gerry diperlukan bagi membantu Dr. Andrew Fassbach (pakar virus) dalam misi mencari sumber asal virus tersebut.
Gerry dan beberapa orang yang ditugaskan untuk misi tersebut memulakan penyiasatan di pangkalan tentera di Korea Selatan. Mereka diserang zombie ketika sampai kat sana. Di situ, Gerry dapat tahu zombie-zombie tu tertarik kepada BUNYI. Bila terdengar bunyi, zombie tu akan terus bertindak liar dan menyerang.
Penyiasatan di Korea Selatan tak mendapat apa-apa hasil, tapi ada sumber maklumat yang diperoleh daripada seorang bekas CIA yang dipenjarakan di situ akhirnya membawa Gerry dan pasukannya ke Israel.
Di Israel, situasi tenang akhirnya bertukar menjadi huru-hara akibat serangan zombie yang mengganas kerana penduduk yang berada dalam kawasan tembok Israel membuat bising. Zombie yang tertarik dengan bunyi tu berjaya memanjat tembok Israel yang tinggi dan menyerang habis-habisan.
Filem World War Z ni memang banyak babak saspen sampai aku tengok pun rasa berdebar-debar. Zombie tu laju betul kejar orang. Pintu ke dinding ke diorang main langgar je semasa tengah mengejar. Zombie dlm citer ni tak sama dgn typical zombie yg selalu kita tgk.
So, filem yg boleh buat adrenalin menjadi laju! Aku bg 4 bintang utk filem ni.
No comments:
Post a Comment