Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Resepi Biskut Mazola



Salam Ramadhan,

Misi membuat biskut raya masih diteruskan. Kali ini, saya cuba-cuba pula buat biskut mazola sebab mak kata lebih senang dari biskut makmur, so let me share d recipe for u ya!

Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
3 cawan gula kastor
1 kg kacang tanah dikisar kasar ( jgn halus sgt ye)
3 cawan minyak mazola (minyak jagung)
1 biji kuning telur 

1. Goreng tepung. (untuk ringankan tepung)
2. Ayak tepung. Campurkan gula kastor dan kacang tanah dan gaul sebati.
3. Campurkan minyak mazola sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
4. Biarkan doh dalam setengah jam.
5. Buat bulat-bulat. (bentuk lain pun boleh je)
6. Sapu kuning telur atas bulat-bulat tadi.
7. Bakar dalam suhu 160 darjah celcius selama 30-45 minit.

Dah siapp!!!

Memang sgt simple berbanding buat biskut makmur. Cubalah ye!












Monday, July 29, 2013

Resepi Biskut Raya - Biskut Makmur





Salam semua,

Alhamdulillah, buat pertama kali buat biskut raya. Selama ni, main tunjuk2 je or mak yang buat, tp bila dah jadi bini orang ni, nak gak tunjuk skill main masak2 hehehe so hari ni sy nak share resepi Biskut Makmur yang diajar oleh mak saya. Biskut ini popular di Perak.


Bahan-bahan dia sangatlah mudah dan senang nak buat.

Bahan A :
1 kg tepung gandum
1 1/2 cawan margerin 
3 cawan minyak sapi
3 biji telur - gred apa pun boleh

Bahan B:
kacang tanah ditumbuk kasar setengah cawan
1 cawan gula kastor

Cara-caranya:

1. Cairkan margerin dan minyak sapi dengan api kecil. 

2. Goreng tepung sehingga nampak berketul. Tujuan goreng adalah untuk ringankan tepung. (Kalau jemur pun boleh)

3. Ayak tepung.

4. Masukkan margerin,minyak sapi dan telur sedikit demi sedikit.

5. Gaul kesemua bahan-bahan tadi sehingga membentuk doh. Jika terlalu lembik, tambah sikit tepung, kalau keras sangat, tambah sikit minyak sapi. (tak perlu pukul)

6. Kacang tanah dan gula kastor dicampur dalam mangkuk lain. 

7. Bentukkan doh tadi dalam bentuk bulat-bulat kecil. Buat lubang di tengahnya dan sumbat dengan kacang tanah+gula kastor yang dah dicampur tadi. Bulatkan semula. (yang ni memang renyah sikit, kena bulat betul-betul supaya kacang tadi tak keluar.

8. Bakar selama 30-45 minit dengan kepanasan 160 darjah celcius.

9. Lepas masak, sejukkan sebentar dan 'mandikan' biskut dengan gula kastor sahaja sebelum disimpan.

10. Siap!!!

Insyallah, setiap adunan ni boleh dapat 150 - 200 biji biskut mengikut saiz. Kalu rajin, buatlah bulat-bulat kecik.

Selamat mencuba!!!