Ramai juga yang membaca post sy terdahulu tentang Sesi PAC untuk skim sosial Penerangan. Jika anda mahu baca the first posting, boleh baca di sini .
Semasa zaman saya memohon jawatan, setakat yang saya tahu hanya PTD dan mungkin skim sukan yang ada PAC. Kini dunia makin mencabar, peluang pekerjaan di sektor kerajaan masih ada namun kekosongan yang terhad tapi calon yang sangatlah ramai. Kini banyak skim yang mewajibkan sesi PAC untuk para calon bagi memilih mereka yang benar-benar layak dan berkaliber untuk dipilih sebagai pegawai kerajaan.
Tugas sebagai pegawai kerajaan ini bukan seperti dahulu, yang balik ikut waktu kerja 8-5 sahaja. tidak ya! kami kini bekerja seperti pekerja di sektor swasta, malah ada yang harus mengorbankan waktu bersama keluarga di hari minggu untuk tugas-tugas rasmi. itu adalah sebahagian akujanji sebagai pegawai perkhidmatan awam yang perlu memberikan perkhidmatan kepada masyarakat mengikut sektor masing-masing.
sebab tu, bila ada yang kata senangnye keje gomen, makan gaji jer, bonus sentiasa ada, plz rethink ur option! kalau anda mengharapkan gaji setinggi private sector, bonus gempak 2-6 bulan, naik pangkat cepat, maaf ini mungkin sektor yang sesuai untuk anda. Di sektor awam, anda perlu bersabar, belajar dari bawah, critical thinking dan tambah pengetahuan sepanjang masa.
Namun sudah pasti, ada banyak juga kebaikan menjadi penjawat awam seperti menikmati pencen, kenaikan gaji tahunan (itupun tgk kepada prestasi skt), bonus @ pemberian khas (ikut kepada keputusan PM), peluang bekerja di lapangan (ini mmg keje kami :) ) , pinjaman perumahan / pinjaman peribadi dengan kadar interest paling rendah, perkhidmatan hospital dan klinik kerajaan, serta biasiswa untuk menyambung pengajian master/phd (bagi gred 41 keatas).
Sebagai pegawai penerangan, tugas kami sangat berkait rapat dengan masyarakat. Kami bertanggungjawab memasarkan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat melalui pelbagai kaedah komunikasi seperti komunikasi bersemuka, komunikasi visual, penerbitan buku/majalah/buku-buku kecil serta melaksanakan program-program bersama masyarakat. Oleh itu, sudah pastinya skill "komunikasi" itu menjadi mandatori bagi semua warga penerangan. Kalau nak jadi pegawai penerangan tapi tak suka beri ceramah dan bercakap dengan orang ramai, hmmmm sy rasa mungkin anda kurang sesuai untuk tugas ini. Ada yang anggap kami macam 'YB tak rasmi" terutamanya jika anda bertugas di daerah / negeri.
Cuma yang saya kesalkan, yang memohon jawatan penerangan ini selalunya kurang buat research tentang jabatan ini tapi nak mohon jawatan disini. rasanya ini basic guideline kalau nak mohon kerja di mana-mana jua,perlu buat bacaan sikit. jangan kedekut masa sebab peluang dapat ke PAC dan interview ni tak semua pemohon dapat. Ada yang dah puluhan kali mencuba tapi masih tak berjaya.
Apa nak baca? pak google kan ada hehehe plg basic, baca ttg jabatan penerangan dan tugas pegawai penerangan. kalau anda kenal dengan mana-mana pegawai penerangan, boleh jugak tanya dia apa tugasnya. tapi since tugas kami ni pelbagai dan multiskill, jadi mungkin tugas setiap orang akan ada perbezaan tapi masih asasnya sama, iaitu KOMUNIKASI.
Sesiapa yang nak ke PAC nanti, study sikit topik-topik terkini untuk debat dan pengucapan awam. selalunya topik terkini dan berkaitan dasar negara. dan untuk sesi bahasa inggeris, sila praktis. ramai calon tak yakin bila diminta bercakap dalam bahasa inggeris. belasah ajer sbb kita nak tgk keyakinan anda berbahasa inggeris, just guna basic grammar untuk elakkan banyak salah. namun lebih baik praktis sikit-sikit di rumah jadi tak kekok sangat nanti.
Baik sy nak sentuh isu masa buat pengucapan awam, saya sedar masa diberi tak banyak tapi kalau boleh jangan la membaca semasa bagi pengucapan awam tu. Tu membaca bukannnya bagi talk. just tulis main point dan huraian tu anda set dalam mind. anda boleh rujuk points tu as rujukan jer sebab kita nak tgk kebolehan anda semasa berhujah / menyampaikan pengucapan awam. lepas tu, ceramah tu mestilah ada adabnya. jangan main mula saja tanpa ada short intro, points dan penutup. Ucapan anda kena buat macam style burger tau: Intro, isi,penutup. tapi bagaimana personaliti masing-masing nak berceramah ni ikutlah. takde spesifik style sebenarnya. saya suka style mcm Ted Talk, rileks, bersahaja, macama bercerita. Ada yang suka letak jokes skit, tp ikutlah kesesuaian. Yang penting, anda menjawab soalan yang diminta. Jgn gelabah, tenang dan senyum jer. Kalau lupa point pun, jgn sebut yang anda lupa. Sentiasa yakin dengan diri anda.bagi salam/ucapan salam sejahtera ke sebelum mula. bgtau tajuk yang anda kena bentangkan.
Anda kena anggap kalau anda ni panel, calon macam mana yang anda nak pilih? kalau anda boleh visualize mcm tu, anda sedikit sebanyak dah boleh agak ekspektasi panel. tapi panel ni semuanya lain-lain mode of observation. maksud saya, setiap panel ada satu 'touch point' yang berbeza yang boleh mempengaruhi dia pilih seseorang tu selain standard grading yang ditetapkan. tapi takpa, anda jangan fikir sangat tentang panel-panel tu, yang penting anda buat sehabis baik. tapi, setiap tugasan tu, kalau boleh sentiasa ada eye contact dengan panel semasa bagi talk/pandangan dll. calon yang mudah diingati juga adalah bonus kepada anda.
Ok thats it kot. Nak kasi tips lebih-lebih sy pun bukan panel hahahaha cuma sekadar kongsi observation semasa sy bertugas as fasi dahulu. Ingat pesan saya tadi, invest diri anda dengan banyak membaca tentang jabatan, tugas penerangan dan isu-isu semasa. Insyallah jika ada rezki anda jadi junior saya :)
Jabatan Penerangan HQ juga disini |
No comments:
Post a Comment