Monday, April 13, 2009

good news

Salam...

im back to kl, i think its more than one month since i start working in MUCH, cheras. its kinda funny to think, that im still here, for almost 3 years. yes, who knows rite? But, i believe that Allah has plan the best for me, in which its still remain mystery ...

i got few good news this week, hopefully this week is a cheerful week for me after a tense few weeks back ... (only Allah Knows) firsly, i hv been selected to sit for MEDSI test in UIAM, this saturday. hope i can do my best for this test.

secondly, maybe (its still shallow,but im still excited) my boss will credit our bonus this wed (15/4). hope so la, i got some plan with d bonus...hehehe

thirdly,ive been promoted to be unit manager for my department. it sounds good, but a lot of responsibility waiting behind. i dont know, whether to be happy or otherwise. i dnt know, its a mix feeling. ....

Ya Allah, gives me Your Strength to face obstacles in this challenging world. Ameen.

Saturday, February 7, 2009

10 tanda lelaki sedia untuk komitmen

salam,

artikel ini sy ambil dr utusan malaysia,yg mane infonye sgt bagus untuk wanita2 bujng dlm mencari jodoh,termasuklah saye,hehehe.

10 tanda lelaki sedia untuk komitmen

MEMASUKI tahun batu mungkin ada yang sudah berazam untuk menamatkan hubungan dengan teman lelaki atau wanita melalui ikatan pernikahan.
Persoalannya, adakah teman anda atau anda sendiri telah bersedia untuk memberi komitmen kepada satu ikatan yang kekal atau masih dilanda fobia untuk melepaskan gelaran bujang.
Bagi wanita, sekarang ini mungkin masanya untuk melihat sama ada teman lelaki anda benar-benar sudah bersedia dan mempunyai matlamat yang sama.
Beberapa Panduan ini mungkin boleh menolong untuk mengetahui sama ada lelaki sudah bersedia untuk memberi komitmen pada satu ikatan perkahwinan.
1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin
Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin.
Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.
Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.
2. Kewangannya stabil
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.
3. Dia mula mendesak anda
Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.
4. Dia bersedia untuk menunggu
Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.
5. Mengambil berat ketika anda sakit
Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.
6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda
Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam.
Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya.
Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.
7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'
Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.
Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.
8. Dia tidak takut berkompromi
Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda.
Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.
9. Dia tidak perlu berdalih
Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.
Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.
10. Dia suka pada hubungan jangka panjang
Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen.

Friday, February 6, 2009

PTD examinations, maybe some tips perhaps?

Dear all,

Ive been thinking a lot about my future lately, n i think its time to move on. after most my close friends now are succcesful with their career,i think its time to step up and pursue my own goals. of cos, being a lecturer is always my passion, an interest which i could hardly forget, but now, time 2 move on. on top of that, mostly my friends now are on their way to become civil servants, a position that are hardly to be achieved in Malaysia, but once u got it, u r d luckies person in d world. i hv deeply thought abaout it, n come with a conclusion that teaching is alwiz my passion, alwiz my interest, but the most important thing is, a stability in my own life. i also think that this is the perfect time to realize my parents ambition, at least one of their children become a goverment officer.

i was having a 'crush' with PTD before, but cos of many scary stories on PTD assessments n training in INTAN, make me less interest to join it. how stupid i am! now, after 2 years waiting for 'signal', i think its d time to try again. eventhough many claim that PTD exam is quite tough, but i just want to give it a shot one more time. n even if this time luck is not in my side, i will keep trying until i got it.

historically, i sat for PTD exam 2 years ago, n alhamdulillah, i managed 2 passed d test. but, how 'crazy' i am, i did not go 2 d second assessment, cos i just got a new job in d company that im working now, n hesitant to apply 4 leave. i never thought that d exam is hardly to be scored by everybody, yet i just let the chance slipped away! thats y i really regretted d action, n with the aim to do it again,n tawakal to Allah swt, i may get d second chance. as people used to say ' Good opportunity will never come twice. if its come twice,then u r lucky'.

but, we hv 2 believe in Allah's power n glory. He knows whats best for us. He knows why he plans in such a way. never complaints on Allah's plan because everything comes with reason.

now, im in d process of looking back all news dated 1-2 months back. from the feedbacks of many, PTD questions will generally based on Malaysian history n general issues related to Malaysia. i remember one question on members on Cobbold Commission, in which i totally forget during the exam... so d questions are something like that, if u wanna try yourself, maybe u can try aswering questions on Pengajian Malaysia subject and Pengajian Am subject. its very difficult 2 predict, but i also remember they also ask about malaysian entertainments, such as question on PGL,members of senate from entertainment background, who won best actress in the global award festivals, n so on. they also frequently ask on rmk, yearly budget, national policies, sports, politics (of cos) n issues on constitution. its good also 2 know who won tokoh maal hijrah, theme for merdeka last year, theme for budget 2008, manifesto bn for 2008 election, n name of ministers. for sports, good also to know who won the latest piala malaysia, who won eur0 2008, where euro n final piala malaysia took place, n issue on badminton. i mean, this is just my predictions, not a real questions. somehow we need 2 think like the question setter. at least, we can be prepared.

for those who did not read newspaper daily(me too,heheh), just browse it using our digital media, it is much more faster than searching in tha wardobe. good to search start from December-first 2 weeks of February 2009, but the questions is not just coming from general issues lately. hot issues like english in math n science, landslide, israel occupation in gaza n many more can be considered as well.

for math, i think we better go n ask for assistance from our frenz that is good in math, teaches us some basic calculation in math, percentage, fractions, logics, n income tax calculations.

sahsiah diri? just be yourself, dnt think too long for a questions, because if we think 2 long, we tend to be dishonest. however, make sure that our honesty is 'normalised'. u got what i mean? :)

english essay n malay essei, most important is your points. just put aside all grammatical errors, especially in english. its good for u 2 highlight those points using highlighter or its good enough if u can line it properly. at least, it shows that u know what u write in. if u can managed ur time, perhaps u can make some small notes on the main points that u wanna talk about, n later on expand ur ideas creatively. but,this is not an essay writing competition, its good to follow their maximum numbers limited by them.

comprehesion? just make yourself comfortable n relax while reading. even time is consuming, but remember this tips: read the questions first, thn u read the passage. at least, u know what the passage is talking about.

i pray that all who attend this exam on 21st february will be successful in their exam. just remember this is an early key to hold ptd position, in which there is no short cut for success. plz pray for my success to ok!

Wednesday, February 4, 2009

Congrats to all my frenz...

Salam to all,

to all my friends that have been chosen as PLI students,congratulation! Allow me to name them here: Sulochini (english), Maizatu (bm) and Thavamani (pendidikan khas)... u deserve t0 get it. hope all of u all d best.

and for my beloved sister, yuziha (bm),u r wonderful. tq 4 tuning me into diff channel, a channel that ive been missing for quite a long time. i will miss ur laugh,ur jokes, ur easygoing personality n ur gossips,hehehe.

for my luvly sister, kak lina (bm), u r amazing person ive ever met. a very cool person, never gets angry easily, always smile whenever u got problem.

newly frenz razif, u r d most hardworking ustaz ive ever met, very patience n always come up with new ideas...

last but not least, my best frenz (kwn mase susah jer,hehehe) pija .... u r always there when i need you, n u never hesitant to correct me when im wrong. u also d most dynamic person ive ever met.

i hope that all of u r having a great future ahead. go on in d pursuit of ur dreams!

Saturday, January 31, 2009

Im down

Im down ... totally down... Ya Allah, plz pour me with Your Strength, cos i really need it. Ya Allah, please give me the strength so that i can accept the reality. I know that im going to be ok soon, but i can't promise myself that i'll be the same person like b4. I just lost part of me,after hardly found it some time in d past. Its just too sudden, too fast ....

Now i just cant' continue writing ... sorry

Tuesday, December 9, 2008

Selamat Hari Raye Aidiladha

salam iduladha!

mungkin di Mekah dan Madinah, sambutan aiduladha disambut seakan pesta, tetapi, di Malaysia sebaliknya yg berlaku. tak meriah sgt seperti aidilfitri,sangat bersahaja,seperti jua keluargaku. Tak banyak sgt preparation beli kuih or nk beli baju baru, but a day before raya (ahad), mak aku buat kenduri doa selamat n buat takbir kat umah, sonok gak,barulah rasa mcm nk raya. juadah mlm tu, nasi ayam panggang and sate. fuh,memang sedaplah,sampai aku naik tingin nk mkn nasi ayam lagi (dah la fav aku 2,hehehe). sedare mare terdekat n jiran2,adalah dkt 50-60 orang, ahli2 jemaah masij dekat 70 orng n kwn2 adik n kwn aku dkt2 30 org. fuh,memang ramai,sampai aku nk cilok ayam panggang buat ratah pun takde,cian aku!

tp,setiap kali mak aku wat kenduri,mesti org tanya,ha,kenduri tunang ke,kawin? aku dh naik malas nak jwb soklan 2,dah lebih 20x dah org tanye. aku malas nk komen ape2,jodoh tu Allah yang tentukan,aku dh berusaha,selebihnya aku serahkan pada Allah swt. Dia yang Maha Tahu semuanya.

yg bestnye,adik aku lak,siap bwk bakal pakwenye n show off kat mak ayah aku,hekeleh,nk langkah bendullah 2! hehehe,aku tak kisah sgt,if dh sampai jodoh die dulu,aku tak ralat. Aku percaya,ade hikmahnye aku tak kawin lagi.

setiap takdir mesti ade hikmahnye kan?

Thursday, December 4, 2008

Bila ku terkenang saat itu....indahnya Baitullah


Setiap kali aku terkenang saatku memandang Baitullah, hatiku mudah benar terusik. ait mata ini kerap benar tumpah tanpa diminta,tanpa dipaksa. ya, aku pernah ke sana,tetapi kerinduanku pada baitullahMu seringkali membuatkanku bagai diajak-ajak untuk ke sana lagi. subhanallah!
aku telah dijemput menjadi tetamunya pada bulan mei yang lalu,semasa cuti sekolah. benarlah janjiNya,jika telah dijemput menjadi tetamu, maka segala urusan dunia yang pada mulanya sukar dilangsaikan,dapat jua diselesaikan dengan mudah. begitulah perancangan Allah, yang menjadi sebaik-baik perancang untuk segala-galanya.
dalam masa yang sama,hatiku berdebar-debar,teruja ditambah takut. teruja kerana aku akan ke tempat di mana Islam bermula,dan Islam menjadi kuat kerana pesuruhNya. dan takut juga dalam masa yang sama kerana terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan akibat kejahilan dan kealpaan diriku sendiri,astaghfirullah. adakah Allah akan menerima taubatku, adakah umrahku menjadi garis pemisah kejahiliyahanku dahulu, atau aku akan menjadi manusia yang paling rugi kerna tidak tahu bersyukur pada Allah swt.
Allah menguji kami (aku,adik,mak,pakcik&makcik,abg saudara) dengan pelbagai dugaan sebelum berlepas lagi. Mungkin,inilah ujian yang Allah mahu kami hadapi,sebelum kami dapat sampai ke Tanah suci. bermula dengan kesilapan memahami jadual perjalanan, yang pada awalnya dijadualkan jam 12.00 malam, namun penerbangan sebenar adalah jam 2.30 pagi, telah mula mencuit rasa sabar kami. disanalah kesabaran mula teruji, dan diikuti pula dengan penerbangan yg berhenti di dubai,melebihi 1/2 hari,yang juga cuba meneka setakat mana tahap kesabaran kami boleh bertahan. Ditambah dengan kepanasan Dubai yang melebihi 40 darjah celcious,cukup memberi kepanasan kepada kami yg sudah sedia 'panas'. tetapi,teringat pesanan ustaz, banyakkan bersabar dan jgn banyak bercakap kerana ini semua termasuk dlm ujian sebelum ke Tanah Suci.
aku juga berpengalaman menjadi 'bidan terjun' officer untuk syarikat umrah yg aku ikuti. apa yg berlaku,terjadi sedikit kekeliruan dalam tiket kapal terbang dr dubai ke Jeddah, dan pegawai syarikat tersebut tidak dapat dikesan pada ketika itu, dengan tidak semena-mena,pegawai penerbangan di situ mencari seseorang yang boleh berbahasa inggeris. maka,tanpa menunggu aku pun menawarkan diri dengan harapan untuk membantu menyelesaikan kesulitan. tetapi, aku seperti dimarahi oleh pegawai tersebut kerana menurutnya,aku sepatutnya tahu siapa yang mengurskan tiket penerbangan tersebut. dalam keadaan penat,aku membalas kata-kata pegawai tadi namun masih dalam keadaan beradab, "Sir,we r not incharge on this. we r part of the group passengers. i come here to help because one of u wanted to talk to someone that can speak english. again,we r not person in charge on this. let me help so that we can do something abaout it." selepas itu,barulah pegawai tersebut memberikan kerjasama dengan memberikan tiket 'duplicate' kepada kami kerana tiket asal dipegang oleh agen umrah. seperti yang aku katakan tadi,aku menjadi 'bidan terjun', meberikan tiket2 tersebut kepada majoriti jemaah yang masih belum mendapat tiket dan menerangkan kepada mereka jalan yang sepatutnya mereka lalui untuk menaiki pesawat. sejujurnya, aku tidak rasa terbeban dengan tanggungjawab tersebut, malah aku rasa bangga kerana dapat membantu di saat masa yang amat diperlukan. itulah kemanisan pertolongan yg aku rasai walaupun pada mulanya aku diuji dengan sikap pegawai penerbangan tadi.
akhirnya,kami sampai jua ke jeddah,dan sekali lagi diuji dengan kerenah pegawai imigresen yang kurang efisen berbanding Malaysia. namun,mujurlah mahramku (ayah cho) membantu urusan pasport kami semua. sesngguhnya,satu pengajaran yang mesti diikuti, mahram mestilah sentiasa bersama-sama dengan muhrimnya,terutamanya dalam urusan penerbangan.
perjalanan jeddah ke mekah tidak mengambil masa yang lama,lebih kurang 40minit-1jam saja. namun, tempoh menunggu dalam bas saja cukup menguji kesabaran sekali lagi. aku tak ingat berapa lama kami di dalam bas menunggu, tp cukup lama sehingga aku tertidur kerana menunggu.
apabila bas bergerak,terus saja aku capai buku doa yang telah kubeli dr Malaysia,membaca doa apa yang patut,termasuklah talbiah yang kubaca seorang diri. rasa diri ini sangat bertuah kerna diberi jemputan oleh Allah untuk sampai di Tanah Haramnya.dalam masa yg sama, rasa bimbang turut menjelma kerna bimbang tidak dapat melihat kaabah yang menjadi impianku untuk dilihat sejak kecil.
apabila aku terlihat saja papan tanda, mekah dan masjidil haram,hatiku berdegup kencang. Ya Allah,aku dah sampai,sungguh teruja,sungguh rasa bersyukur kerna Allah telah mengizinkanku sampai walaup banyak dugaan di awal perjalanan.
aku bersukur kerana kami mendapat hotel yg cukup dekat dengan masjidil haram lebih kurang 70 meter dr hotel. Allah membalas segala dugaan awal kami td dengan peluang untuk duduk lebih dekat dgnnya. selepas proses meletakkan begn,mendapat kunci bilik dsbnya, kami terus menuju ke Baitullah, untuk menunaikan tawaf umrah dan saie umrah dan akhirnya bertahalul. kami melalui pintu (tidak spt pintu sebenarnya) laluan jemaah saie dr safa ke marwah di tingkat bawah. menurut ustza yang memimpin kami, itulah jalan yang termudah dan paling senang diingati untuk mengelakkan sesat. alhamdulillah,sepanjang kami disana,Allah memudahkan perjalanan dan memudahkan kami dtg dan pulang dr baitullah tanpa banyak masalah. itulah doaku sepanjang perjalanan,mohon Allah mudahkan perjalanan umrah kami sekeluarga.
hati terus berdegup kencang,sungguh indah memandang masjidil haram ketika waktu malam, dengan sinaran lampu yang nyata memberikan pandangan yang menyenangkan. kami berjalan terus dr hotel melalui laluan safa & marwah dan terus menuju ke kaabah. Masyallah,selepas saja terlihat Kaabah, air mata menitik tanpa dipaksa. Ya Allah,aku dah sampai ke rumahMu,terimalah umrah kami ya Alllah. aku melihat jemaah lain jua begitu,masing-masing bersama emosi sendiri.air mata ini tak dapat di tahan-tahan lagi,meluncur laju membasahi pipi. Seterusnya,kami melakukan tawaf,sebentar saja dan akhirnya melakukan saei. aku kasihan pada ibuku,kerna aku tahu tahap kecergasannya,namun aku sangat kagum dengan ibu kerana berjaya menamatkan rukun umrah dengan sempurna. kami dapat menyiapkan segalanya sebelum solat subuh dan selepas subuh,kami pulang semula ke hotel untuk berehat sebelum bersedia untuk solat zuhur.
bila ditanya apa perasaan memandang Kaabah,sukar untukku gambarkan. perasaan yang bercampur aduk. teruja, pilu, tenang dan sebagainya. dengan memandang Kaabah saja hati merasa tenang. seperti tak percaya aku telah sampai ke rumahnya.

Bilakah aku akan sampai lagi?