Wednesday, January 27, 2016

Exam PTD Online .... dia mai dahhhhh

Assalamualaikum...

Pagi ni saya nak share ttg exam PTD, walaupun rasanya saya pernah post ttg exam ni dlm posting dolu2,tp kali ni nak share sikit exam PTD yang kini dah dionlinekan hihihi bagus kaedah mcm ni, ikut perubahan masa & keperluan terkini, dah tak payah pegi dewan, berdebar2 pegang pen nak jawab soklan hihihi

Walaupun sy dah keje dan alhamdulillah selesa dgn keje skrg, tp tipulah if sy kata tak minat langsung nak jd PTD... PTD ni jawatan plg pntg dlm negara, sbb all dasar digubal depa ni...jd, niat nak cuba2 tu masih ada walaupun sejujurnyalah dah malas nak masuk skim lain sbb dah selesa dgn keje sy skrg... sbb kalu dpt pun, seniority sy hilang and kene start back from zero... thats why sy agak reluctant tp niat nak cuba2 still ada .... dlm masa yg sama, sy suka nak tau types of questions yg keluar semasa exam first level ni... dan sejujurnya its quite tough jugak ler

Online exam was held on 19 Jan, at 8pm sharp. Bole jwb pakai pc, laptop, phone or tablet. sy pakai fon jer hihihi ada 2 section, section A and B. Section A 50 soklan, 40 minutes on current issues. Section B 40 soalan 45 Minutes on daya penyelesaian masalah.

For section A, kita mmg kene bnyk membaca and ambil tahu apa terjadi kat Malaysia ni, kalu tak mmg meraung la cari jwpn... rasanya ramai yg akan google jwpn smbl buat kannnn hihihi tp bcos of time constraint, mmg tak sempat ko nak google satu2.... 

Ni antara topik soklan yang kuor, maap ler sy tak ingat semua:
1. Rukun Negara
2. Visa Work and Holiday untuk negara?
3. Kelayakan ahli parlimen
4. Jenis-jenis bantuan JKM
5. Bantuan Lesen 1Malaysia
6. Fungsi Kerajaan tempatan
7. Wilayah Ekonomi Koridor
8. IMF
9. Bank Dunia
10. Ahli kerusi tak tetap PBB
11. Organisasi PBB
12. JPAM dibawah Kementerian?
13. 3 tonggak ASEAN
14. Program Belia
15. Umur minimum pekerja asing bekerja sbg pembantu rumah
16. Akta Persaingan
17. Kadar Pelepasan Cukai
18. Kemas,Tabika,Tadika
19. Ekuinas
20. RMK11-Perkhidmatan awam
21. Akta yang berkaitan media sosial
22. Ciri-ciri keselamatan maklumat
23. RUU di Dewan negara dibaca berapa kali?
24. Dasar keselamatan siber nasional
25. Bahasa kebangsaan perkara ... dlm perlembagaan
26. OIC
27. Gelaran yg betul untuk Duta besar / Pesuruhjaya Tinggi
28. Bajet 2016

Haaa amacam? Ada yg senang, ada yg susah kan... masa ni bru nyesal tak studi subjek sejarah kat sekolah elok2... dan pentingnya ambik tahu pasal current issues... Uolss mmg tak sempat nak suh pakcik google cari satu2...TAK SEMPAT! sbb tu pengurusan masa dan persediaan penting, sbb kalu first step ni uolls agagl, alamat mmg tak dpt la masuk skim PTD.

Sistem standby sementara tgu second session

Ok, sesi kedua. Mula jam 8.55, tamat by 9.40. Soklan sikit tp mmg cabar otak... bnyk soklan math yg membuatkan mata den berpinau mengira.... ada soklan logik dan soklan2 mcm nak ambik iq test... agak memeningkan tp fun gak... cuma sy agak terkilan sbb sistem selowww dlm 15 minit untuk second session, soklan tak kuor lgsg and in d end, masa yg sy dpt mmg less than 40 minutes... anyway, kat sini sy screenshot cnth soklan untuk tatapan uolsss...

Displaying Screenshot_2016-01-19-21-40-08.jpg
Displaying Screenshot_2016-01-19-21-40-08.jpg







Itulah antara soklan online PTD... tak senang, tp tak juga susah sgt... kalau anda mmg berminat nak join ptd, inilah among qs yang boleh diexpect utk ditanya... mmg yg second session tu sy rasa agak mencabar gak sbb masa tak cukup tp soklan mmg tricky.. papepun, good luck kpd semua yg dah mencuba... insyallah, ada rezki uolsss berjaya and masuk ke next level ye!!!

btw, result dah keluar dah saya tak berjaya... mmg sy dah expect sy tak berjaya sbb sy tak smpt nak jwb untuk seksyen 2 and line yg problem...its ok :)

Wednesday, January 20, 2016

SETIA



Setiaku pada Illahi
takkan sama setiaku pada makhlukMu
terima kasih Ya Rabbi
meminjamkan sifat setia buat insani
agar hidup punya erti
agar hidup punya visi
agar jiwa lebih terisi
memegang ikatan sumpah dan janji
agar setia kekal disisi
seperti malam menanti mentari
bagai langit awannya pasti
Janji Allah itu benar!
menjadi setia bukan sukar
terus setia itu tercabar!

Monday, January 18, 2016

AZAM 2016

Assalamualaikum,

Maish belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Salam Tahun Baharu 2016 buat semua pembaca blog saya ... terharu saya tengak statistik number of viewers yang melawat blog ini, lebih 90k... terima kasih sbb sudi singgah blog saya yang kerap berhabuk ni... saya ni tak berapa rajin nak menulis, tp kalu sekali mengadap blog alamatnye kerja lain tak buat ler hehehe

mmg angan2 tu nak menulis sekerap mungkin, kalu boleh setiap minggu ada 1 entry, tp itulah kita ni manusia biasa, ada jer masa malas, ada masa rajin. its not a good excuse really, tp itulah saya... menulis bila ada masa terluang dan ada idea.... idea ni bila datang masa ia dtg mencurah2, tp kalau dah takde idea, dok menung la sorang2 sampai terlelap takde idea hihihi

saya suka baca blog kwn2 dan org2 lain yg sgt teruja share personal views, ideas, experince, tips2 dan etc... plg sy suka skrg bc blog org2 yg suka g travel... depa balik tulis blk pengalaman g travel ala2 jurnal gitu... now org suka blog, so more like e-journal, travel blog .... sy sgt suka individu yg sgt rajin menulis psl pengalaman travel depa, susah senang pi tempat org, and the most beautiful part is, how they can write such a unique insight of that place from their own perspective...walaupun tempat dia pi tu org dah biasa pi atau sebelum ni org tak berapa tau pun, tp cara dia tulis tu yg buatkan pembaca excited nak pergi travel setiap kali baca tulisan depa and buat kita berangan2 kan hehehehe

Contohnya, cerita psl blue lagoon kat iceland yg buatkan sy verangan nak g sane...ni bukan psl pengaruh dilwale ek hihihi tp d way writer tu describe on blue lagoon makes me rasa nak terbang skrg gak pi iceland... ayor biru... tepi gunung... spa muka.... adoiiii bestnyeee! tp verangan saja dulu naa smbl mengumpul modal nak pi jln2... 





Tp tulah, dlm keadaan ekonomi dunia yang flip flop, nak g jauh2 pun sy dok memikirkan nak menjimatkan kos... itulah kita ni bila kehendak tak terbatas, tapi resources terbatas... cewah mcm blaja ekonomi asas plak kan hihihi

Insyallah, ada rezeki, kesempatan, masa, peluang, saya nak teruskan niat nak g jenjalan sementara masih muda ... sementara masih ada kudrat dan tenaga... sementara tgh takde handbag ni hehehe... dah berumur nanti saya tak sure boleh lagi ke nak g travel ala2 backpackers, travel main redah2, tdo ikut mana2 jer sbb mgkn dah tak berapa sihat, kaki tak kuat, ingatan kurang hebat dan takut senang kne tipu huhuhu 

namun, semuanya boleh berubah dgn kuasa doa... semoga Allah berikan kesihatan yang baik, rezki yang luas, umur yg panjang untuk berkelana di bumi Allah yg maha luas ini... amin




Sunday, December 6, 2015

Belasungkawa

Assalamualaikum semua...

Sesungguhnya, MATI itu PASTI. Tidak lambat atau cepat walau sesaat. Tak kira usia, dimana dan bagaimana, kematian senantiasa menghambat manusia. Untunglah manusia yang selalu ingat akan kematian kerana itulah sebijak-bijak manusia. Namun yang alpa jua masih ramai...termasuklah aku...

Malaysia dikejutkan dengan kisah tiga kematian mereka yang ternama .... Pelawak Pak Yus, Seniwati Mariani dan YAM Tunku Jalil, anakanda Sultan Johor. Siapa mereka, semua jua mengenali. Namun, aku amat terkesan dengan kisah unsung hero yang tak pernah kudengar sebelum ini. Siapa sangka, ada sifat EHSAN besar dibalik kelawakan arwah Pak Yus. Dirinya diangkat hero selepas ketiadaannya, membuatkan aku insaf bahawa balasan Allah buat hamba-hambaNya yang setiasa bersyukur itu amat benar adanya. Tiada kisah buruk walau sekelumit yang kedengaran, disana sini  sahabat-sahabat hanya membangkitkan sifat pemurahnya serta kasih sayangnya buat teman2 dan saudara seIslam. Pada mulanya aku fikirkan, rakan2mu hanya berlakon dihadapan kamera, berpura-pura sedih namun aku SILAP. Kulihat airmata  ikhlas di mata sahabt2nya seiring kisah2 baik arwah yang membuatkan aku terfikir, 'hebat insan ini, mungkin syurga telah menanti!'... Rupa-rupanya, pemergiaanmu jelas memberi kesan mendalam buat seantero Malaysia. 

Pak Yus, kami mungkin hanya mengenali sisi dirimu sebagai penghibur namun sayangnya kami tak sempat mengenali sisi Ehsanmu yang cukup subur... Kau memberi bukti bahawa masih wujud insan ikhlas beramal tanpa perlu publisiti, pemberi bantuan tanpa perlu kamera dan bukti. Sungguh kami pilu dan senantiasa airmata ku bergenang tatkala melihat jenakamu namun sebenarnya, hatimu lebih pilu dari itu. Sesungguhnya, kau tidak memerlukan penghormatan dunia dan hanya Allah Maha Mengetahui kebaikan2mu. Damailah Pak Yus disana, semoga Syurga tempat istirehatmu dan beruntunglah dirimu yang kini bebas dari segala dugaan dunia. Al Fatihah buat arwah Pak Yus. 


Sunday, November 29, 2015

Cabaran dan Harapan.



Semua orang ada impian.

Setiap impian itu pasti ada cabaran dan harapan.

Semoga kita senantiasa berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Dialah yang Maha Pemberi.

Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untu kita.

Boleh jadi sesuatu itu tidak baik untuk kita walaupun kita mahukannya.

Boleh jadi juga sesuatu itu baik untuk kita walau sekuat mana kita menidakkannya.

Pokoknya harus pasrah dengan takdir Allah.

Soalnya, sudahkah kita bersedia menerima ketentuan itu? 

Thursday, October 1, 2015

IELTS - Speaking : an overview

Assalamualaikum

I'm kind of shocked to see numbers of viewers that visited my blog. More than 70k viewers. Wow, it's quite huge for me as I'm not a frequent writer. I will write when I feel I want to write or when I've some ideas to write.  This number encourages me to write more, I guess.

I would like to share some experiences of taking IELTS examination recently. I was not sure about the decision to take this exam. Furthermore, the exam is not cheap. I have to be seriously sure to take it and achieved the desired results. In the end, I decided to take the exam after a long thought of it.

The exam divided into four components, namely listening, writing, reading and speaking. The exam day for speaking separated from other components. I think this is a good arrangement for candidates so that they can prepare better for speaking test.

I prepared myself for the speaking part most of time because I realised that by training, we will speak better. I admitted that I did some errors during the speaking test, but the most important tip is, you must answer all questions given by the examiner. Never answer ' i don't know' to any of the questions.  Try to speak as natural as you can. Avoid long pauses. Watch videos from Youtube and learn how high scorer answers.

There are three segments for the speaking test.
First segment: Answers have to be short and simple. It will roughly take about 4-5 minutes to finish.
Among the questions asked:
- Full name
- Where do you come from?
- Where do you live now?
- Describe your home during your childhood?
- Do you prefer your home now or before?
- What type of house that you would like in the future?
- Do you prefer to travel by public transport? Why?
- Do you think people nowadays like to walk? Why?
- What do you think of our transportation system now?
- What kind of transport that you would like to recommend to people travelling in your country?

Second segment: You are given 1 minute to prepare. Pencil and paper will be provided. You are given 1-2 minutes to present your topic. You will not be interrupted during your speech.
Question:  Describe an educational trip that you attended during your school years. State: Where did you go, activities and benefits from this visit?

Third segment: Somehow it's just like a continuation of the second segment. Answers will be longer and it is good to provide examples to strengthen your points. It will roughly take about 3-4 minutes to finish.
Questions: 1. What kind of educational trip practised in your country?
2. Do you think this activity should be continued in the future? Why?
3. Do you think students need to have more outside activities?
4. Do you think workers should be given training? Why?
5. Why do senior workers need to be retrained?

There are few more questions which i forget. But these are the questions given to me during my test. It's good to prepare a variety of topics as the questions could be from any subjects.

If you want a proper guidance for IELTS exam, it's good to visit ieltsliz.com as she is one of the best online teachers for IELTS exam.

Thursday, March 26, 2015

Kisah burung merpati

 Displaying DSC_0639.JPG

Hari ini kisahnya tentang burung merpati.

Saya bukan peminat burung, apatah lagi membela burung merpati.

Tetapi, hampir setiap hari halaman rumah sy akan didatangi tetamu ini iaitu sekawan burung merpati yang asyik makan di sekitar kawasan rumah.

Suami sy yg rajin melayan, roti expired atau nasi semalam atau biskut yang dah tak termakan, habis dibagi buat burung. Dah hampir setahun suami sy bagi makan, sampai saya pun terikut.

Kdg-kdg, bila kami tak sempat letakkan makanan atau makanan dah habis, burung-burung pulak tgu kami, ada kalanya bila suami sy balik burung2 pun dtg hmmm.... kesian depa ;)

Kdg2, bukan burung merpati jer, burung minor, burung pipit, sehingga burung gagak pun join skali! hehehehe

ayah dan mak sy yg dtg umah menziarah pun, melayan karenah bagi makan burung ... seronok depa :)

tapi, kata-kata ayah saya yg buat sy terkesima....
'bukan senang burung nak dtg ke rumah kita ... itu tandanya ada berkah terhadap rezeki!'

Saya terdiam... nampak bersahaja ayatnya namun mendalam maksudnya!