Thursday, January 28, 2016

SABAR

SABAR, senang sebut tapi tak senang ikut.

Saya sedar, sy bukan kategori manusia yang TERLALU SABAR... In fact, lately sy rasa makin kurang sabar... saya rasa kurang sabar dengan macam2 perkara ... kdg2 benda kecik pun sy cepat naik hangin. sehinggalah ke perkara yg besar pun,sy hilang sabar. adakalanya, sy pun buntu tang mana kena sabar, tang mana kena hilang sabar...saya konpius....


Yg paling dikesalkan, adalah bila sy hilang sabar dgn benda2 kecik yg sepatutnya leh sabar... bila ingat balik, rasa tak patut aku buat camtu, tak patut aku sound dia, tak patut word tu kuor dr mulut aku...tak patut, tak patut! Teringat ada satu pakcik tua masa sy kecik2 dulu pernah check saya, dia kata sy keras hati... yeke pakcik ;)

Bila tak luah, hati rasa geram, jantung pam laju sbb perasaan tak berckp, tak terluah... bila dah luah rasa lega kejap tp dok pikir balik apa yg dicakap tadi... mcm menyesal... hmmm kena audit hati rasanye sy nie (kalu jumpa Prof Muhaya, dia mesti kata aku bnyk keladak hihihi)

Ada pendapat kata, kita jd mcmni bila kita dah sabar lama, so once explode, kita akan explode on anything wpun benda tu kecik... hmmm ntahlah, i just think that i need to recheck myself, check up my heart... nak idup lama lg, kalu dilayan rasa camni, mau senang kena skt jantong

 I know that I'm not perfect and I always remember that. However, that shouldn't be the blockage for me to continue improving and do good things. I'm trying day by day, because in the end the world we are living now is only temporary. we know what's the end for all of us.

May Allah always shows us the right way. Amin. 

Wednesday, January 27, 2016

TABUNG SUBUH


Assalamualaikum,

Sedekah adalah antara amalan yang amat disukai oleh Allah dan selalu dilaksanakan oleh baginda RasulAllah saw. Sedekah itu amatlah digalakkan sehinggakan sedekah itu tidak akan mengurangkan harta malah Allah akan lipat gandakan lagi... 

Baru-baru ini saya ada baca amalan sedekah subuh... terbaca dari fb amalan this family yang mengamalkan sedekah subuh dan hasilnya, amat luar biasa... sy copykan ceritanya untuk anda ye ...

Perkongsiannya seperti berikut:-

MAU KAYA? MAU TENANG? MAU BAHAGIA? JOM SEDEKAH SUBUH
Kaya, Tenang & Bahagia Dengan Sedekah Subuh
Sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stres. masalah kewangan, kerja dan sebagainya.
bagi saya ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di fb.
sedekah subuh ini telah lama kami (saya dan group saya laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.
pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.
tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.
seorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...
seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.
seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.
CARANYA?...mudah sekali
pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan, agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. Bagi kumpulan saya, kami menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.
setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...
seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita...
jom....JANJI ALLAH BENAR....jangan lupa menghantar testimoni anda dalam fb ini  selepas anda melakukannya, tuliskan ya...agar semua orang dapat berkongsi kebahagiaan anda dan dapat menjadi ilmu kepada orang lain dan amalan hendaknya...supaya kita dapat pahala yang mengalir....
sekian, jom selamat mencuba... - MAHAWA PILUS

 Selepas saya baca kisah ini, saya teruja nak mencubanya.Saya pun pi la cari tabung yg mana ada, terjumpa tabung ptptn hihihihi jadi saya niat sblm masuk duit dlm tabung tu dan biarkan saja sehingga kini... sy baru jer buat, mgkn baru dua minggu tapi alhamdulillah, sy rasa sy sdg rasa apa yg org2 lain rasa sblm ini... sy dpt rasa rezki mudah masuk, kebetulan sy tgh usahakan rumah sewa di Cameron Highlands, dan alhamdulillah tempahan senantiasa masuk dan mudah close deal dgn penyewa... sebelum ni, sy buat marketing mcm biasa tapi kdg2 payah sikit nak close deal tp kali ni, rasanya lebih mudah... alhamdulillah, sy rasa mmg sedekah subuh ni, ada keajaiban sendiri... amalan baik why not kita tak buat kan ... insyallah, sy akan cuba istiqamah dlm meneruskannya.... insyallah, jom buat sama2 ya

Exam PTD Online .... dia mai dahhhhh

Assalamualaikum...

Pagi ni saya nak share ttg exam PTD, walaupun rasanya saya pernah post ttg exam ni dlm posting dolu2,tp kali ni nak share sikit exam PTD yang kini dah dionlinekan hihihi bagus kaedah mcm ni, ikut perubahan masa & keperluan terkini, dah tak payah pegi dewan, berdebar2 pegang pen nak jawab soklan hihihi

Walaupun sy dah keje dan alhamdulillah selesa dgn keje skrg, tp tipulah if sy kata tak minat langsung nak jd PTD... PTD ni jawatan plg pntg dlm negara, sbb all dasar digubal depa ni...jd, niat nak cuba2 tu masih ada walaupun sejujurnyalah dah malas nak masuk skim lain sbb dah selesa dgn keje sy skrg... sbb kalu dpt pun, seniority sy hilang and kene start back from zero... thats why sy agak reluctant tp niat nak cuba2 still ada .... dlm masa yg sama, sy suka nak tau types of questions yg keluar semasa exam first level ni... dan sejujurnya its quite tough jugak ler

Online exam was held on 19 Jan, at 8pm sharp. Bole jwb pakai pc, laptop, phone or tablet. sy pakai fon jer hihihi ada 2 section, section A and B. Section A 50 soklan, 40 minutes on current issues. Section B 40 soalan 45 Minutes on daya penyelesaian masalah.

For section A, kita mmg kene bnyk membaca and ambil tahu apa terjadi kat Malaysia ni, kalu tak mmg meraung la cari jwpn... rasanya ramai yg akan google jwpn smbl buat kannnn hihihi tp bcos of time constraint, mmg tak sempat ko nak google satu2.... 

Ni antara topik soklan yang kuor, maap ler sy tak ingat semua:
1. Rukun Negara
2. Visa Work and Holiday untuk negara?
3. Kelayakan ahli parlimen
4. Jenis-jenis bantuan JKM
5. Bantuan Lesen 1Malaysia
6. Fungsi Kerajaan tempatan
7. Wilayah Ekonomi Koridor
8. IMF
9. Bank Dunia
10. Ahli kerusi tak tetap PBB
11. Organisasi PBB
12. JPAM dibawah Kementerian?
13. 3 tonggak ASEAN
14. Program Belia
15. Umur minimum pekerja asing bekerja sbg pembantu rumah
16. Akta Persaingan
17. Kadar Pelepasan Cukai
18. Kemas,Tabika,Tadika
19. Ekuinas
20. RMK11-Perkhidmatan awam
21. Akta yang berkaitan media sosial
22. Ciri-ciri keselamatan maklumat
23. RUU di Dewan negara dibaca berapa kali?
24. Dasar keselamatan siber nasional
25. Bahasa kebangsaan perkara ... dlm perlembagaan
26. OIC
27. Gelaran yg betul untuk Duta besar / Pesuruhjaya Tinggi
28. Bajet 2016

Haaa amacam? Ada yg senang, ada yg susah kan... masa ni bru nyesal tak studi subjek sejarah kat sekolah elok2... dan pentingnya ambik tahu pasal current issues... Uolss mmg tak sempat nak suh pakcik google cari satu2...TAK SEMPAT! sbb tu pengurusan masa dan persediaan penting, sbb kalu first step ni uolls agagl, alamat mmg tak dpt la masuk skim PTD.

Sistem standby sementara tgu second session

Ok, sesi kedua. Mula jam 8.55, tamat by 9.40. Soklan sikit tp mmg cabar otak... bnyk soklan math yg membuatkan mata den berpinau mengira.... ada soklan logik dan soklan2 mcm nak ambik iq test... agak memeningkan tp fun gak... cuma sy agak terkilan sbb sistem selowww dlm 15 minit untuk second session, soklan tak kuor lgsg and in d end, masa yg sy dpt mmg less than 40 minutes... anyway, kat sini sy screenshot cnth soklan untuk tatapan uolsss...

Displaying Screenshot_2016-01-19-21-40-08.jpg
Displaying Screenshot_2016-01-19-21-40-08.jpg







Itulah antara soklan online PTD... tak senang, tp tak juga susah sgt... kalau anda mmg berminat nak join ptd, inilah among qs yang boleh diexpect utk ditanya... mmg yg second session tu sy rasa agak mencabar gak sbb masa tak cukup tp soklan mmg tricky.. papepun, good luck kpd semua yg dah mencuba... insyallah, ada rezki uolsss berjaya and masuk ke next level ye!!!

btw, result dah keluar dah saya tak berjaya... mmg sy dah expect sy tak berjaya sbb sy tak smpt nak jwb untuk seksyen 2 and line yg problem...its ok :)

Wednesday, January 20, 2016

SETIA



Setiaku pada Illahi
takkan sama setiaku pada makhlukMu
terima kasih Ya Rabbi
meminjamkan sifat setia buat insani
agar hidup punya erti
agar hidup punya visi
agar jiwa lebih terisi
memegang ikatan sumpah dan janji
agar setia kekal disisi
seperti malam menanti mentari
bagai langit awannya pasti
Janji Allah itu benar!
menjadi setia bukan sukar
terus setia itu tercabar!

Monday, January 18, 2016

AZAM 2016

Assalamualaikum,

Maish belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Salam Tahun Baharu 2016 buat semua pembaca blog saya ... terharu saya tengak statistik number of viewers yang melawat blog ini, lebih 90k... terima kasih sbb sudi singgah blog saya yang kerap berhabuk ni... saya ni tak berapa rajin nak menulis, tp kalu sekali mengadap blog alamatnye kerja lain tak buat ler hehehe

mmg angan2 tu nak menulis sekerap mungkin, kalu boleh setiap minggu ada 1 entry, tp itulah kita ni manusia biasa, ada jer masa malas, ada masa rajin. its not a good excuse really, tp itulah saya... menulis bila ada masa terluang dan ada idea.... idea ni bila datang masa ia dtg mencurah2, tp kalau dah takde idea, dok menung la sorang2 sampai terlelap takde idea hihihi

saya suka baca blog kwn2 dan org2 lain yg sgt teruja share personal views, ideas, experince, tips2 dan etc... plg sy suka skrg bc blog org2 yg suka g travel... depa balik tulis blk pengalaman g travel ala2 jurnal gitu... now org suka blog, so more like e-journal, travel blog .... sy sgt suka individu yg sgt rajin menulis psl pengalaman travel depa, susah senang pi tempat org, and the most beautiful part is, how they can write such a unique insight of that place from their own perspective...walaupun tempat dia pi tu org dah biasa pi atau sebelum ni org tak berapa tau pun, tp cara dia tulis tu yg buatkan pembaca excited nak pergi travel setiap kali baca tulisan depa and buat kita berangan2 kan hehehehe

Contohnya, cerita psl blue lagoon kat iceland yg buatkan sy verangan nak g sane...ni bukan psl pengaruh dilwale ek hihihi tp d way writer tu describe on blue lagoon makes me rasa nak terbang skrg gak pi iceland... ayor biru... tepi gunung... spa muka.... adoiiii bestnyeee! tp verangan saja dulu naa smbl mengumpul modal nak pi jln2... 





Tp tulah, dlm keadaan ekonomi dunia yang flip flop, nak g jauh2 pun sy dok memikirkan nak menjimatkan kos... itulah kita ni bila kehendak tak terbatas, tapi resources terbatas... cewah mcm blaja ekonomi asas plak kan hihihi

Insyallah, ada rezeki, kesempatan, masa, peluang, saya nak teruskan niat nak g jenjalan sementara masih muda ... sementara masih ada kudrat dan tenaga... sementara tgh takde handbag ni hehehe... dah berumur nanti saya tak sure boleh lagi ke nak g travel ala2 backpackers, travel main redah2, tdo ikut mana2 jer sbb mgkn dah tak berapa sihat, kaki tak kuat, ingatan kurang hebat dan takut senang kne tipu huhuhu 

namun, semuanya boleh berubah dgn kuasa doa... semoga Allah berikan kesihatan yang baik, rezki yang luas, umur yg panjang untuk berkelana di bumi Allah yg maha luas ini... amin