Wednesday, April 16, 2014

P.Ramlee

Assalam....

Aku minat giler citer P.Ramlee. Dari kecik sampai sekarang. Kalau dulu, aku layan tgk dgn arwah opah. Skrg, layan tgk dgn Mr Hubby sbb dia pun kaki citer P.Ramlee. Oldies giler seh! hehehehe Tengah menaip ni pun aku tgh nengok citer 'Ali Baba Bujang Lapok' hehehehe

Tapi, baru sekarang aku perasan citer2 P.Ramlee ni banyak sangat mesej tersirat yang masih relevan dengan kita harini.Kerana mesej2 dia yang relevan itu menyebabkan citer2 dia masih disukai sampai harini. Sampai anak sedare aku yg umur 12 tahun pun, leh tgk citer ni dgn atuk dia (bapak aku) hehehehe

Ok, salah satu contoh citer P.Ramlee yang aku suka ialah Ahmad Albab. P.Ramlee ni mmg bijak dan cerdik sebenarnya sebab antara dialog dalam citer ni menggunakan bahasa Arab dan memang betul penggunaannya.  Mohon abaikan sikit la jalan citernya yang mungkin tak kena kadang2 tapi kita ambik mesej je. Mcm dalam citer ni, ditunjukkan pentingnya sokongan isteri terhdp suami dalam pelbagai keadaan dan kena redha serta tabah






Citer P.Ramlee juga mempromosi perpaduan... banyak citer-citer dia yang melibatkan pelakon bangsa lain, seperti cerita Gerimis yang mana heroinnya pelakon India. Dan citer ini juga ada hidden message iaitu setiap perkahwinan itu perlu dapat restu keluarga, kalau tak rumahtangga boleh berantakan tanpa restu sepenuhnya keluarga. Sama jugak macam citer Anakku Sazali, akibat perkahwinan yang tidak direstui keluarga, ujiannya adalah pada anak yang derhaka. Juga perlunya suatu bentuk displin dalam mendidik anak. Satu lagi contoh filem yang juga sarat dengan isu kekeluargaan dan restu ialah Ibu Mertuaku.








Ok all, saya nak sambung nengok Ali Baba Bujang Lapok ye .... assalam






Sunday, April 13, 2014

Tahniah & Tabarakallah




Alhamdulillah, tahniah buat adikku Syarifah Izzati yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan SPMnya. Inilah permulaan dalam memenuhi impian dan mencapai cita-cita yang diingini.

Tuesday, April 1, 2014

Semoga mereka tabah...

Saya simpati dengan keadaan keluarga penumpang & anak kapal...dan tak mungkin saya dapat rasai sepenuhnya apa yang anda rasa... saya harap anda tabah menghadapi hakikat ujian Allah ini... teruskan bersabar dan berdoa... biar hidup atau sebaliknya kita harap dapat menemui mereka....

anda memang tabah... saya pun tak pasti boleh jadi sekuat anda... para ibu, para ayah, para sua mi, para isteri, anak-anak,rakan-rakan, ahli keluarga... dan semua rakyat Malaysia mendoakan agar MH 370 ditemui semula...

TERUSKAN BERDOA SEMUA!!!