Monday, January 21, 2013

Share of Thoughts...

I think it has been more than three years that ive stopped writing.

Why? Probably im just being lazy hehehe

Or, i just lost my inspirations to write.... hmmmm

I was once loved English writing. It develops my writing skill and passion towards expressing my thoughts into beautiful words. I love doing that... and i feel comfortable writing in English than in Malay... well, im not that fluent in English, but its something unique with English language that can only be described into words...

I love expressing my thoughts, feelings and ideas in English... maybe i get used to it since i was in university. I will always thank IIUM for giving me a proper English education that ive missed during my school years. I never thought that i can write like this. I wonder what my 'before' me will react if 'that me' read this posting pass 10-15 years ago! hahaha its just like watching movie, 'Back to the future'.

But, we have to move on. Memories remain wonderful experience as valuable reference to drive our life carefully, rightfully with the main guidance from Al-Quran and Sunnah. I believe knowledge and experience comes together coincidentally and will become a perfect shield for us in order to guide our life. Its good to have both knowledge and experience at the same time, but always we will miss one part to complete both.

Seeking knowledge is forever and is a life long process. Meanwhile experience comes everyday, and will become part of knowledge too. Its good to benefit from good experience and to take lessons from bad experience. Anyhow, both are beneficial.

Dont stop learning, seeking knowledge and gaining new lessons from everyday's experience. May our life is guided by Allah swt always until the time we see Him... Insyallah




Sunday, January 20, 2013

Resepi Padprik Ayam Sempoi......

Salam semua,

Harini saya nak share resepi buat padprik ayam sempoi....
Photo: Paprik ayam sendiri bikin
Bahan-Bahan:
Seketul ayam boneless - potong kecil
Seulas bwg putih diketuk & sebiji bwg besar - potong bulat
2 biji cili padi - diketuk
1 sudu besar cili boh, 3 sudu besar sos tomato, 5 sudu besar sos cili, 3 sudu besar sos tiram
setengah kiub pati ayam maggi/knor
sayur-sayuran potong ikut suka aje - karot, jagung, bunga kobis, capsicum
satu sudu kecil sos ikan - takde pun takpe
2 helai daun limau purut
sedikit garam
air sikit

Cara-caranya:

1. Goreng dulu ayam tanpa minyak - (saya suka goreng dulu sebab nak ayam masak betul)

2. tumis bwg putih dan cili boh 

3. lepas tu, campak je daun limau purut, cili padi, sos cili, sos tomato,sos tiram,sos ikan dan kiub ayam (kalau nak letak kicap sikit kasi nmpk hitam pun bole,saya tak letak sebab nak kasi kuah merah)

4. lepas mcm dah menggelegak, masukkan sayur-sayuran dan ayam.Masuk garam dan air sikit kalau kuah pekat sangat.

5. Last skali, masukkan bawang potong bulat.

Dah siap!!!!!

Masa memasak: 10-15 minit aje....

Paling senang dan cepat dan sedapppppppp















Saturday, January 19, 2013

Resepi ikan masak lemak sempoi


BAHAN-BAHAN:

2 ekor ikan selar kuning / kembong (basuh & potong dua)

1 sudu besar cili boh

2 ulas bawang putih & 4 biji bawang kecil ditumbuk

3 batang serai diketuk

2 senduk santan

7 biji cili padi - diketuk

1 biji bawang besar - potong bulat

garam secukupnya

secawan air

CARA-CARA:

1. Tumis serai & bwg kecil dan bwg putih,cili padi cili boh smpai naik bau.

2. Masukkan santan dan air. Masukkan ikan juga.biarkan sampai ikan masak.

3. Masukkan garam dan bawang potong bulat lastnya.

4. Dah siap

Masa memasak: 15 Minit 

Selamat Mencuba











Wednesday, January 16, 2013

Respect & Listen .... aptb

Kecoh dengan video listen...listen...listen... baru-baru ni....

Tetiba #listen jadi trending di fb & twitter

Glamor pulak org nama Ms Sharifah ... (cam nama den je .... ishhhh)

Dan terglamour jugak pelajar nama Ms Bawani (hrp i spell ur name correctly)...

Kat mana yg silap disini?

Kalau rajin sy post video utk anda semua fikir-fikirkan.

Saya tak memihak kpd pelajar or Ms Sharifah sebab dua-dua ada point sendiri.

Cuma, saya percaya, siapa pun kita, adab dengan manusia lain amatlah perlu dijaga. Tak kira kita ni pelajar ke, pengerusi ke, ada degree ke, ada SPM je ker (hehehe cam cite Hantu Kak Limah), tua ke, muda ke, Islam ke, Cina ke, no matter what kind of person u are, u must respect other creatures, termasuklah kucing, burung dan ikan jawssss

Pandangan saya yang pernah jadi mahasiswi dan pernah jadi pensyarah:

Kesilapan Cik Bawani - dia kurang beradab semasa melontarkan soalan dan nmpk sgt ego serta terserlah 'kerakusan' dlm memberikan fakta...mungkin dia terlupa sekejap yg dia ni student

Kesilapan Ms Sharifah - tidak sabar dlm mendengar, tidak menjawab soalan diberikan dengan sempurna, analogi yang diberikan kategori 'tadika', dan merendahkan martabat pelajar.

Saya nmpk ada unsur-unsur provokasi oleh pelajar, mungkin sebab dia pelajar undang-undang jadi dia ada skill tersebut. Namun, dalam hal ini, saya lebih suka jika Cik Sharifah lebih profesional dan 'matang' mengendalikan soalan pelajar tadi. Come on, anda pun pernah jadi mahasiswi, takkan tak pernah rasa sikit pun rs marah pd kerajaan semasa belajar dan kita semua tau yg mahasiswa ini wpun pandai tapi cepat naik darah, cepat marah dan cepat sgt bertindak dari berfikir. Jadi, depa akan main ckp jer tanpa menggunakan lenggok suara yg betul. Dan sebab depa ni mahasiswa uni jadi kdg2 depa fikir depa tau bnyk benda....

Tapi.... seharusnya Cik Sharifah lebih bijak mengawal keadaan. Cik Sharifah perlu lebih relaks, profesional dn jgn ikut mood pelajar. Depa ni muda lagi, kita yg lebih dewasa sepatutnya lebih cool dan rileks. Saya cadangkan Cik Sharifah pergi tgk contoh-contoh debat terbaik, antaranya Dr Zakir Naik dengan penganut Agama Hindu. Dr Zakir tak pernah melenting malah memuji soalan2 yang diberikan. Ini boleh beri rasa 'feel good factor' kepada yg bertanya soalan dan memudahkan mereka menerima jawapan kita walaupun tak 100%. Antara debat lain yang terbaik ialah Debat Tun Dr Mahathir dgn BBC (kalau tak silap). Tanpa rasa marah soalan boleh dijawab dgn tenang dan mendiamkan moderator.

Jadi, Cik Bawani dan Cik Sharifah perlu belajar dari kejadian ini. Sabar, Respect dan listen more. Dua-dua pihak.

Cuma, saya fikir sekarang Cik Sharifah perlu berani membetulkan keadaan. Tak salah yang tua beralah utk kepentingan umum.












Monday, January 14, 2013

Resepi Kari Ayam Mak aku

Resepi Kari Ayam Mak Aku

Ini resepi yang saya dpt dari mak saya... hopefully dapatlah semua cuba buat yerk.... alhamdulillah percubaan kali pertama menjadikkk


Bahan-bahannya :

Ayam - 4 ketul drumstick (tapi potong dua sbb nak bagi nmpk banyak hehehe)

1 senduk rempah kari lingam

1 1/2 senduk santan

5 ulas bawang putih,seinci halia,5 biji bawang merah (besar/kecil),buah pelaga hiris halus

asam jawa extra - 1 sudu besar

setangkai daun kari

kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih - sikit je , 3-4 biji/btg setiap satu

ubi kentang - potong 4

cili hijau - 4 biji

tomato sebiji

minyak masak - 2 1/2 senduk

air - 10 senduk (ikut suka if nak banyak tmbh lagi)

garam - secukupnya

Cara-caranya:

1. Tumis bwg merah,bwg putih,halia,kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga dan bunga cengkih, daun kari dalam periuk sampai wangi.

2. Tumis rempah kari dengan 4 senduk air smpai naik bau

3.  Lepas tu, masukkan asam jawa dan garam

4. masukkan pula santan dan tambah lagi air , dlm 4-6 senduk lagi

5. Masukkan cili hijau dan ubi kentang dan ayam. biar smpai mendidih dan kentang lembut.

6. Last skali, masukkan tomato.

Lepas tu, siapppp daaa!!!!!!!!!!!!!!!

 Senag je kan? Insyallah anda pun bole buat :)

Masa memasak : 30-45 Minit













Promosi Air Asia

Promosi Air Asia kembali!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mana nak pegi ye?

Ada promosi dari 15-20 Januari untuk penerbangan dari Oktober 2013 - Februari 2014.



www.airasia.com

Jenuh tanya hubby mana nak pigi.... dia kate jom g langkawi la...

aikkk, Langkawi lagi? hehehehe