Salam semua,
harini sy nak share resepi udang sambal tumis sempoi, resepi dr kwn baik saya, Puan Syarfiza yang sy ada olah sikit2...
Menu Dinner 4 September 2012
Bahan-bahannya: (2 orang makan)
Udang XL 10-15 ekor (sy buang kepalanya)
1 1/2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar gula
1 sudu besar asam jawa extra Adabi
1 sudu besar sos tomato, sos cili dan sos tiram
1 batang serai diketuk
1 daun limau purut
2 ulas bwg putih dan 2 biji bawang besar - dikisar
1 biji bawang besar - potong bulat
2 sudu kecil garam
setengah cawan air
Cara-caranya:
1. Tumis serai sehingga naik bau.
2. Tumis bahan-bahan kisar dahulu sehingga pecah minyak.
3. Masukkan asam jawa, sos cili, sos tomato dan daun limau purut,garam dan gula dan tumis bersama bahan-bahan tadi. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
4. masukkan udang dan bawang potong bulat, kacau sehingga udang masak.
Hiasan - cili merah/daun bawang/daun sup/bawang goreng
Siap!!!!
Masa memasak : 15-25 minit sahaja
Selamat mencuba.