Friday, August 22, 2008

Citroen Ads.

i got this funny ad from my friend,good 2 cheer up ur day!

new oil price

fuh,so surprising! Our PM just announced in the late evening today, the current price of petrol n diesel has decreased!

good news for most of us,especially me! (even its still high)

based from the news, the new price for petrol is RM 2.55 (a decrease of 15 cent) and for diesel is RM 2.50 ( a decrease of 8 cent).

but d main question that keep playing in my mind, why now?

based on the current international trend, the price truly dropped off. is it a reasonable coincidence with the coming by-election or ???

think twice b4 u decide. :)

Thursday, August 21, 2008

congrats chong wei

congrats Chong Wie for the datukship title.

hope that all athletes in malaysia can work harder for the country. just remember that govt has sepnt a lot of money just for the sake of sports management in this country.

hope that a gold can be ours in the next olympic!

Thursday, August 14, 2008

Olympic, Malaysia Boleh?

salam and hi to all,

can Malaysia, for the first time win a a gold medal this time? for record, malaysia never win any gold medal, except for one silver and two bronzes in badminton. do u think that RM1 Million reward is sufficent to boost the spirit of Malaysian athletes to get that medal? some people claims that it is some sort of motivation for the athletes.

for me, its otherwise.

Artikel dari Utusan Malaysia - Tidak perlu kaji semula perlembagaan

Tidak perlu kaji semula Perlembagaan

SABTU lalu, Kuala Lumpur sekali lagi menjadi saksi terhadap ujian keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.
Jika tidak kerana ketegasan polis dalam menangani demonstrasi membantah forum 'Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam Malaysia sehingga ia dibatalkan lebih awal dan perhimpunan berjaya disuraikan, mungkin peristiwa baru melibatkan hubungan kaum di negara ini bakal tercatat dalam sejarah Malaysia moden.
Pelbagai perkataan dihamburkan pada perhimpunan itu kerana api kemarahan yang meluap-luap di kalangan peserta demonstrasi. Bagaimanapun di sebalik protes tersebut, pihak penganjur forum masih menganggap ia berjaya mencapai matlamat walaupun terpaksa ditamatkan lebih awal.
Perkara yang dibangkitkan adalah mengenai konflik penjagaan anak dan perebutan jenazah berpunca daripada tindakan seorang ahli keluarga memeluk Islam. Malah kes berkenaan telah dibicara dan diputuskan oleh mahkamah.
Atas nama demokrasi dan kebebasan bersuara, Majlis Peguam mengadakan forum itu dan atas dasar demokrasi juga, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan demonstrasi membantah penganjuran forum berkenaan.
Tetapi apa maknanya demokrasi dan kebebasan bersuara jika rakyat hidup dalam suasana tegang, takut dan tidak percaya satu sama lain kerana setiap satu tindakan dilihat sebagai mempunyai agenda tersendiri.
Sering kali pihak berkenaan menimbulkan tentang Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan beragama di negara ini apabila kes-kes berkaitan berbangkit tetapi tidak pula disebut bahawa Perkara 11 (1) tertakluk kepada Fasal 4 berhubung larangan penyebaran agama lain terhadap penganut Islam.
Malah Islam sebagai agama rasmi seperti yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan seolah-olah dilupakan.
Kes tuntutan anak kerana perceraian selepas pasangan menganuti agama lain dan tuntutan jenazah kerana faktor keislamannya yang tidak jelas, bukanlah sesuatu yang istimewa sehingga perlu diadakan forum terbuka seperti dianjurkan oleh Majlis Peguam Sabtu lalu.
Masalah itu berlaku dalam pelbagai bentuk malah berlaku juga dalam masyarakat India, Cina dan kaum lain yang sesama agama atau kaum yang sama tetapi menganuti agama Kristian, Hindu atau Buddha.
Cuma apabila melibatkan Islam, segala-galanya seperti menjadi sensitif, sedangkan masyarakat bukan Islam di negara ini dijamin hak mereka dalam Perlembagaan dalam mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa gangguan.
Malah tiada siapa yang peduli apabila orang India atau Cina memakai salib atau menganuti agama Kristian tetapi apabila mereka memilih untuk memeluk Islam, ia seperti satu kesalahan yang besar.
Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tertakluk pada Fasal (4) yang berkenaan dengan pengembangan agama.
Fasal 4 menyentuh tentang undang- undang negeri dan mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan yang boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.
Selepas setengah abad negara mencapai kemerdekaan dan mengalami kemajuan seperti yang ada pada hari ini serta masyarakat pelbagai kaumnya hidup dengan aman dan harmoni, maka tidak ada sebab semangat yang ada pada Perlembagaan Persekutuan itu mahu dikaji semula.
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa agama Islam ialah agama Persekutuan tetapi agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Prinsip itulah yang dipegang selama ini oleh setiap rakyat Malaysia dan membolehkan mereka menikmati kehidupan yang aman dan harmoni.
Malah sebelum ada Perlembagaan Per- sekutuan, penganut Islam, Hindu dan Buddha telah membuktikan mereka boleh hidup bersama dalam sebuah negara dengan aman.
Kewujudan rumah ibadat Islam, Hindu dan Buddha yang terletak berdekatan antara satu sama lain misalnya di Jalan Harmoni dan Jonker Street, Melaka membuktikan hubungan akrab tiga penganut agama tersebut di negara ini.
Jangan agama dipersalahkan apabila berlaku perceraian pada sesuatu pasangan kerana konflik yang berlaku adalah pilihan mereka sendiri atas alasan mahu memilih kehidupan yang dirasakan lebih baik.
Semua pihak perlu menerima keunikan realiti masyarakat pelbagai kaum di negara ini yang berteraskan pada Perlembagaan Persekutuan dan jangan mengelirukan rakyat dengan tafsiran baru terhadap undang-undang negara.

(artikel diambil dari Utusan Malaysia,13/8/2008)

Pendapat saya:

Saya fikir, inilah masalah yang kerap timbul apabila perlembagaan yang kita ada pada hari ini menggunakan frasa-frasa yang terlalu umum dan terlalu luas dari segi pemahaman literal dan konseptualnya. Apabila frasa-frasa yang digunakan terlalu umum, maka banyak pihak mampu menterjemahkannya menerusi kefahaman sendiri tanpa mengetahui konteks frasa itu sendiri. Akibatnya, orang ramai terutamanya mudah keliru dengan apa yang ada dalam perlembagaan Malaysia, kerana terlalu banyak tafsiran yang dibuat oleh pelbagai individu berdasarkan apa yang mereka faham dari aspek undang-undang atau budaya, tanpa cuba memahami sudut lain yang penting juga untuk dihalusi. Saya tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak tentang institusi perundangan kita, namun satu reformasi perundangan perlu dibuat untuk menerangkan dengan sejelas-jelasnya tentang status perlembagaan yang kita ada pada hari ini. Tidak semua rakyat Malaysia yang tahu atau benar-benar memahami tentang isi kandungan perlembagaan yang kita ada pada hari ini dan ini menjadi tanggungjawab pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan kekalutan minda yang jika tidak diuraikan, kekusutan ini boleh membawa kepada pelbagai situasi yang tidak dingini. Kita tentu tidak mahu rusuhan kaum 1969 berulang lagi dan seharusnya kita perlu bangkit segera dari tidur yang panjang dan kembali kepada realiti kehidupan. Masyarakat kita hari ini masih lagi rapuh, maka kerapuhan ini perlu diatasi segera agar kerapuhan ini tidak menimbulkan masalah di kemudian hari.

Introduction

salam and hi to all,

this is my first time writing in this blog. basically, im trying my best to post something in this blog, at least once a week. this blog is open for any issues, but main issue that concerns me most is the issues in malaysian politics.
this blog is specially dedicated to all students, especially students of Masterskill College that are taking or have taken Malaysian Studies in their course.
i hope that this blog will give fruitful knowlege and information to its readers. readers are encouraged to give feedbacks or comments on the articles which i've put on.

thanks.